Powered By Blogger

Monday 15 April 2013

Prestasi Cemerlang SJK(T)


Seremban, 09 Apr – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan mengucapkan tahniah kepada guru berbangsa India di Negeri Sembilan kerana berjaya melonjakkan prestasi cemerlang SJK (T) di seluruh negeri ini sama ada di bandar dan luar bandar. Beliau hadir dan berucap di Sesi Profesionalisme Guru-Guru Berbangsa India di Hotel Royale Bintang, Seremban.

Prestasi cemerlang sejak Dasar Pelajaran diperkasakan pada tahun 2005 tersebut, berjaya mengurangkan jurang antara sekolah di bandar dan luar bandar dalam masa yang sama melonjakkan prestasi UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Ujar beliau, “menjadi matlamat kerajaan negeri menjadikan negeri ini sebagai lembah ilmu. Bukan sahaja menjadi lembah ilmu dari segi pembangunan fizikal, tetapi keutamaannya ialah terhadap pengisian.”

Beliau turut melafazkan komitmen bersungguh kerajaan negeri apabila menyatakan bahawa Negeri Sembilan negeri terawal bagi projek Literasi Bahasa Inggeris.

Beliau mengingatkan bahawa kita tidak boleh menganggap sekolah tidak penting kerana prestasi sekolah adalah medium terbaik memenuhi hasrat Dasar Pelajaran negeri ini dalam masa yang sama penambahan penduduk juga.

Beliau yang gusar terhadap pertumbuhan penduduk negeri ini sekitar 1.7% sahaja mencadangkan ‘jump start growth’ dilaksanakan di negeri ini dengan membangunkan IPTA dan IPTS di mana kewujudannya meningkatkan jumlah kependudukan iaitu sekitar 5,000 ke 15,000 orang pelajar dan kakitangan.

Mengambil contoh jumlah pelajar UiTM Kuala Pilah, ujarnya, “dari segi ‘Economic Theory’  jika seorang pelajar membelanjakan RM100 sebulan, di kali kan dengan jumlah 6,000 orang pelajar di sana, berapa banyak aktiviti ekonomi dapat dijanakan?”

Kedua, memperkenalkan konsep ‘bekerja di Kuala Lumpur dan tinggal di Negeri Sembilan, di mana komitmen penting yang perlu dimajukan ialah mempertingkatkan insfrastruktur dan pembangunan iaitu menarik ramai yang tinggal di negeri ini.

Memperkasakan pelajaran negeri inilah dasar penting yang perlu diutamakan agar mereka yang bekerja di sini membawa keluarga bersama. Jika sekolah cemerlang, mereka tidak teragak-agak membawa keluarga.

Turut hadir, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ VS Mogan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Puan Hajah Kalsom, Pengarah Jabatan PElajaran Negeri Sembilan, Dato’ T. Rajagopalu, Pengerusi MIC Negeri Sembilan dan Dato’ T. Raju, Pengerusi PPP Negeri Sembilan.

1 comment: