Monday, 24 February 2014

Perbanksn Islam Menjadi ‘window Islamic Finance’


Seremban, 20 Feb. – Sistem kewangan perbankan Islam yang tidak diyakini oleh kuasa bank dunia dulu, kini buka mata apabila mendapati sistem tersebut mampu menjana keuntungan bukan sahaja kepada sistem perbanan malah kepada pelanggannya juga.
Sistem perbankan yang diwujudkan pada tahun 1983 di bawah penasihat ekonomi ketika itu, Allahyarham Tun Mohan sehingga wujudnya Bank Islam Malaysia telah melalui cabaran getir dan berfasa-fasa.
Perbankan ini dasarnya menjadi sahabat dan perintis kepada usahawan-usahawan yang mahu mengembangkan perniagaan, namun menghadapi masalah kepercayaan dan keyakinan.
Sekian lama menempuh onak duri, maka perbankan Islam ini menjadi ‘window Islamic Finance’ di setiap bank di dalam negara.
Malah menjadi perintis dan pemaju kepada terbitan SUKOK dan menurut laporan SUKOK 2013 telah mencatatkan keuntungan kewangan sebanyak USD156 milion.
“seluruh dunia bergoncang dan hampir tidak percaya bahawa perbankan Islam ini mewujudkan satu persaingan yang hebat buat sistem perbankan mereka.
Maka timbullah satu perspektif yang negetif di kacamata mereka pula.” ujar Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.
Beliau berucap menyempurnakan Seminar Perbankan Dan Kewangan Islam anjuran Hisham Sobri dan Kadir Advocates and Solicitors bersama Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia di Royale Bintang, Seremban.
Beliau di dalam ucapan turut menyeru kepada semua pengamal sistem perbankan Islam di dalam negara ini lebih proaktif kerana amat penting untuk kesan kelangsungan dan menjadi teras kepada sistem perbankan sedia ada.
Hadir sama, Wakil Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia, Dato’ Wan Ismail Wan Yusof, Pengerusi CIMB Islamic Berhad, Dato’ Dr. Syed Abdul Kadir, Rakan Kongsi Utama Hisham Sobri & Kadir, YM Raja Cik Muda Tengku Dato’ Seri Hishamuddin Wan Osman dan Rakan Kongsi Kanan, Hisham, Sobri, Kadir Seremban, Puan Zalina Abd. Malek

Usahawan Perlu Bijak Atur Strategi


SEREMBAN, 17 Feb – Usahawan bumiputera digesa beransur-ansur bagi mengembangkan perniagaan khususnya dalam bidang yang diceburi agar tidak menghadapi kegagalan.
Setiap usaha bagi memajukan perniagaan perlu diberikan tumpuan dan ketekunan disamping disiplin diri yang tinggi. Usaha itu, mampu merealisasikan hasrat kerajaan meningkatkan pemilikan ekuiti ekonomi dalam kalangan orang Melayu serta bumiputera.
Selain dari itu, setiap usahawan bumiputera disarankan agar tidak terlalu mengharapkan modal melalui pinjaman, sebaliknya membuat persediaan modal mengikut jenis perniagaan yang ingin dijalankan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis Perjumpaan Pengerusi PUNB Bersama Usahawan PUNB Negeri Sembilan di Klana Resort.
Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Senator Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam berkata, pembentukan rangkaian amat diperlukan bagi meningkatkan lagi para usahawan melalui skim pinjaman yang ditawarkan PUNB.
Menurut beliau, dengan cara ini, kita bukan sahaja mampu membantu orang Melayu mengembangkan perniagaan malah dapat meningkatkan keuntungan setiap usahawan bumiputera itu.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Encik Dzulkifli Fadzilah.

Friday, 21 February 2014

Gunakan Kemudahan Awam Secara Bersama


Seremban, 15  Feb.  –  Pusat  Komuniti  KRT  Taman  Tuanku  Jaafar  Fasa  3  (Zon  A) telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad B. Haji Hassan.
Pusat Komuniti yang dibina awal tahun 2013 dikawasan tanah lapang itu siap sepenuhnya pada Julai 2013 di mana tujuan utama bagi membolehkan orang awam menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam masa sama bertindak mengawal kawasan mereka dari gejala kes pecah rumah ataupun kecurian  yang boleh dielakkan.
Hakikatnya, peranan KRT juga menyenangkan orang awam  tanpa mengharapkan bantuan polis semata-mata.
Selain itu, pusat komuniti ini juga digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan yang lain umpamanya Persatuan COMBI yang menjurus kepada kebersihan dan kesihatan bagi mengawal wabak denggi yang sering berlaku di kawasan taman.
Selain sebagai pusat operasi dan pentadbiran, Pusat  Komuniti  KRT ini  juga  digunakan seminggu  sekali  oleh Amanah Ikhtiar  Malaysia  (AIM), institusi pinjaman perniagaan golongan wanita bagi membantu golongan tersebut mendapatkan modal untuk berniaga secara kecil-kecilan.
Dalam ucapan Menteri Besar, beliau sangat berpuas hati serta beliau juga berharap supaya Pusat Komuniti  KRT  ini  digunakan selalu  oleh  orang awam tidak  kira  bangsa atau agama untuk dijadikan salah satu tempat dimana anak-anak muda berkumpul menjalankan aktiviti riadah.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar di dalam ucapan turut mengingatkan golongan wanita agar menjadi ahli  dalam Persatuan Pengguna Islam Negeri  Sembilan yang ditubuhkannya dan memainkan peranan  memantau harga barangan yang tidak menentu di pasaran.
Turut  hadir,  Ahli  Dewan  Undangan  Negeri  Kawasan Paroi,  Tuan Mohd  Ghazali  B.  Abd  Wahid, Setiausaha Umno Bahagian Rembau, Dato’ Haji Azman B. Haji Hassan dan Pengerusi KRT Taman Tuanku Jaafar 3 Zon A, Encik Nor Adzman B. Haji Alias.

Monday, 17 February 2014

Empangan Sungai Terip,Pantai


PANTAI, 12 Feb – Setelah meninjau beberpa biji empangan semalam di beberapa kawasan di Negeri Sembilan , semalam Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan membuat tinjauan ke Empangan Sungai Terip bagi melihat keadaan paras air di empangan tersebut pula.
Menurut beliau, kerajaan negeri telah memutuskan untuk menutup empangan di Sungai Ulu Muar untuk dipam ke Empangan Talang yang akan menjadi bekalan ke Empangan Kelinchi ke Empangan Sungai Terip ekoran ketiga-tiga empangan tersebut mengalami penurunan air yang ketara.
katanya lagi “Kita akan memantau keadaan ini dan mengambil langkah sewajarnya sebagai contoh menjalankan pembenihan hujan di kawasan yang terbabit”.
Penurunan paras air dibeberapa empangan negeri ini berlaku berikutan mengalami keadaan cuaca kemarau hampir dua bulan.
Turut hadir dalam tinjauan tersebut, Pengurus Besar SAINS, Tuan Haji Zulkifli Bin Ibrahim.

Wednesday, 12 February 2014

Langkah Proaktif Kerajaan Negeri Sembilan Atasi Kekeringan Di Negeri Sembilan


KUALA PILAH, 11 Feb – Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil langkah proaktif dalam mengatasi masalah kapasiti takungan air dibeberapa buah empangan di negeri ini yang dilihat semakin surut akibat keadaan cuaca yang kurang mengalami hujan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan menjelaskan perkara tersebut ketika membuat lawatan dan tinjauan ke Empangan Kelinchi, di Kuala Pilah.
“Paras air di Empangan Kelinchi kini mengalami penurunan 16 meter  merupakan penurunan paras air yang banyak dimana paras penuh empangan ini adalah 215 meter telahpun menjadi kepada 199 meter menghampiri kepada tahap kritikal dibawah paras 198 meter,” jelas beliau.
“Justeru, kita akan berbincang dengan pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) bagi mengatasi masalah ini,” tambahnya.
Empangan Kelinchi merupakan sebuah empangan yang menyalurkan bekalan air di loji pembersihan Sg. Terip, Seremban.
YAB. Menteri Besar juga turut menyeru kepada semua rakyat di Negeri Sembilan ini agar dapat memulakan penggunaan air dengan berhemah bagi mengelakkan pembaziran dimusim kemarau seperti yang berlaku hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Mat Ali Hasan dan ADUN Seri Menanti, YB. Dato’ Abd. Samad Ibrahim.

Monday, 10 February 2014

Kerajaan Negeri Sembilan Melepasi Sasaran Pelaburan RM1 Bilion


SEREMBAN 07 Feb. – Kerajaan Negeri Sembilan telah melepasi indikator pelaburan baharu RM1 bilion melalui sektor perkilangan dalam tempoh hanya sebulan tahun ini, walaupun nilai itu adalah petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan untuk perolehan dalam setahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkembangan itu amat membanggakan, sekali gus meyakini pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada kadar 5 peratus yang ditetapkan setiap tahun akan dapat dicapai sekali lagi pada tahun ini.
“Pada tahun sebelumnya, pelaburan baharu adalah RM1.3 bilion dan tahun 2012, adalah sebanyak RM7 bilion. Pada pendapat saya tahun ini adalah lebih baik walaupun ekonomi dunia tidak menentu dan kita berada dalam landasan betul menuju negeri maju 2020.
“Setakat bulan Januari tahun ini, pelaburan baharu yang diterima sudah pun melebihi RM1 bilion,” katanya.
Mohamad bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sesi ‘brainstorming’ meja bulat pentadbiran kerajaan negeri di Klana Resort, di sini hari ini. Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr. Awaludin Said dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan.
Kata Mohamad, dalam tempoh berbaki 11 bulan pada tahun ini, kerajaan negeri menjangkakan iklim pelaburan adalah baik dan kestabilan politik serta keupayaan dalam kecekapan pentadbiran akan menarik lebih banyak lagi peminat industri sama ada di dalam dan luar negara melabur ke negeri ini.
“Dalam keadaan sekarang, syarikat pelaburan teknologi tinggi dari United Kingdom bersedia melabur RM485 juta di Sendayan, begitu juga syarikat teknologi penerbangan dari Perancis yang telah melabur sebelum ini akan menambah pelaburan baharu bernilai RM750 juta.
“Manakala sebuah syarikat pengeluar makanan dari Amerika Syarikat (AS) telah pun melabur sebanyak lebih RM400 juta. Kita juga sedang menerima pelaburan baharu dari negara-negara Asia lain,” kata beliau.
Antara pelabur yang datang ke negeri ini adalah dari AS, United Kingdom, Jepun, Jerman, Australia, Korea, India, Singapura, Denmark, Indonesia, Taiwan, Switzerland, Belanda, Sweden dan Armenia, Lokasi tumpuan adalah di Senawang, Sendayan dan sekitar Nilai.

Friday, 7 February 2014

Masjid Satelit


RANTAU, 06 Feb – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merealisasikan matlamat mewujudkan lebih banyak masjid satelit di seluruh Negeri Sembilan bagi memberi kemudahan terbaik, keselesaan para jemaah dan menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti komuniti masyarakat Islam di negeri ini.
Beliau yang membuat lawatan dan tinjauan progress kerja pembinaan di dua buah masjid iaitu Masjid Kg Sega dan Masjid Kg Siliau melahirkan rasa puas hati dengan kualiti pembinaan yang hampir 90% siap dan menjangkakan ianya dapat digunakan sebelum Ramadhan ini.
Pengerusinya, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan menjelaskan, pembinaan masjid-masjid satelit yang menelan belanja RM1.8 juta bagi setiap satunya itu, merupakan inisiatif untuk menggantikan masjid-masjid yang lama dan uzur kepada yang lebih baik bagi pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Sesi Brainstorming Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan


SEREMBAN, 06 Feb – Majlis Brainstorming (Meja Bulat) yang telah  menemukan Menteri Besar dalam satu perbincangan bersama penjawat awam Kerajaan Negeri Sembilan yang telah diadakan di Klana Resort, Seremban.
Menurut Menteri Besar, penjawat awam harus melihat sesuatu dengan sudut pandangan yang kreatif. Gelombang perkhidmatan awam perlu bersatu bagi menambah pemikiran serta menerapkan perkhidmatan tawaran.
Perjumpaan ini adalah permulaan sebelum perbincangan meja bulat penjawat awam seluruh jabatan. Matlamat utama adalah untuk mewujudkan kerjasama strategik antara jabatan bagi menghasilkan satu gerak kerja yang baik.
Pelbagai percubaan perlu dilakukan. “Saya mahu satu pasukan perkhidmatan awam yang baik”, katanya lagi.
Kecekapan jentera Kerajaan Negeri dalam usaha mempertingkat hasil pendapatan negeri merupakan tindakan yang dipuji. Antara keuntungan yang diperoleh adalah daripada pembangunan pesat di Negeri Sembilan.
Dalam kenyataan sidang media yang dikeluarkan oleh Menteri Besar, beliau gembira dapat memantapkan sistem pentadbiran kewangan Kerajaan Negeri kerana kedudukan kewangan Kerajaan Negeri amat baik.
Selain itu, terdapat juga pendapatan luar jangka yang membolehkan keuntungan didaftar. Pegawai diarah mengumpul masalah rakyat untuk disalurkan kepada pihak atasan.
Pertumbuhan ekonomi dianjur dalam mencapai Negeri Sembilan maju menjelang tahun 2020.

Thursday, 6 February 2014

Perlaburan Bernilai RM 485 juta



Seremban, 03 Feb. – Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan telah bertemu dengan wakil-wakil sebuah syarikat Produk Peralatan Petrolium dari United Kingdom dalam satu majlis makan tengah hari di hotel Royal Bintang tengah.Beliau yang menerima kunjungan Mr Keith Cochrane, Group CEO Weir Group of Cos Dari Glasgow, Scotland. yang berinat untuk membuat  pelaburan baru ke Bandar Baru Sendayan.
Syarikat yang membuat peralatan petrolium itu berminat melabur di Malaysia dengan nilai perlaburan yang bernilai RM 485 juta dan 95% produk akan di eksport untuk pasaran Asia Pacific.
Syarikat dari United Kingdom ini telah pun membeli tanah selebar 52 ekar di Sendayan Tech Valley bagi tujuan perlaburan berkenaan. Syarikat berkenaann juga difahamkan telah mendapat kelulusan untuk merancang dari pihak PBT.

Lawatan Kerja Di Tapak Pembinaan Dewan Orang Ramai Seremban Jaya


SEREMBAN JAYA, 3 Febuari 2014 –  Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan membuat lawatan ke tapak pembinaan Dewan Orang Ramai Seremban Jaya bagi melihat perkembangan pembinaan dewan orangramai Seremban Jaya.
Menurut beliau, pembinaan Dewan Orangramai ini adalah merupakan hasil dari komitmen kerajaan Barisan Nasional kepada masyarakat di Taman Seremban Jaya yang mempunyai komuniti yang ramai.
“Dewan ini mampu menampung seribu orang dalam satu-satu masa dan inilah bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat biarpun kawasan ini bukan berpihak kepada Barisan Nasional kerana inilah janji kita kepada rakyat, janji kerajaan Barisan Nasional yang mendahulukan rakyat,”
Dewan Orang Ramai Taman Seremban Jaya merupakan projek Kerajaan Barisan Nasional yang menelan belanja RM1.8 juta dan dijangka siap march ini untuk kegunaan masyarakat setempat yang dikelolai oleh Majlis Perbandaran Nilai.

Monday, 3 February 2014

Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di Sri Sendayan


SENDAYAN, 30 Jan – DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, perkenan mencemar duli menyempurnakan Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di Sri Sendayan.
DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud dan YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhaudin ibni Tuanku Muhriz turut mencemar duli hadir ke majlis ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan di dalam ucapan, Kerajaan Negeri akan sentiasa membantu dan memberikan sokongan penuh kepada pengukuhan institusi pentadbiran masyarakat Islam.
Menurut beliau, “mutu perkhidmatan dan keadilan yang unggul perlu diberikan kepada pelanggan sementara sikap serta minda kelas pertama harus diterapkan oleh setiap kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.
Perundangan Islam kini mempunyai banyak pembaharuan serta berupaya merubah imej sebagai mercu tanda yang mampu berdiri sama tinggi dengan institusi yang lain.
Terdahulu, Ketua Hakim Syarie, YAA. Dato’ Haji Mohd Shukor Bin Sabudin menzahirkan rasa syukur diatas pencapaian serta usaha gigih Kerajaan Negeri bagi membantu masyarakat Islam.
Hadir sama, YTM. Tunku Besar Tampin,  Tunku Syed Razman Syed Idrus al-Qadri.
Turut hadir,  isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YM Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hj Khir Baharom, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Dr. Awaluddin Hj Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB. Dato’ Haji Mat Ali Bin Hassan.