Powered By Blogger

Monday, 21 November 2011

N9 Pencetus Revolusi Pengangkutan Awam Bas Henti Henti DiMalaysia Dalam Memastikan Keselesaan Rakyat DiUtamakan




Kemelut pengangkutan bas awam yang dihadapi oleh orang ramai di negeri ini sejak beberapa hari lalu selesai apabila kerajaan negeri dan Konsortium Transnasional Bhd (KTB) melalui Cityliner akan memulakan operasinya mulai esok. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, satu perbincangan telah dilakukan oleh pihak kerajaan negeri bersama syarikat berkenaan dalam menyelesaikan masalah itu ekoran tindakan Cityliner menamatkan semua operasinya secara serta-merta sejak Rabu lalu. 


Katanya, jelasnya kerajaan negeri memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan masalah rakyat kerana perhidmatan bas awam ini menjadi pilihan kepada orang ramai termasuklah para pelajar untuk datang ke sekolah. ``Oleh kerana itu kerajaan negeri perlu mengambil langkah proaktif untuk memulihkan semula keadaan dan hari ini satu persefahaman telah dibuat yang mana kita telah memberikan satu bentuk pertolongan untuk menyelesaikannya. ``Untuk itu kita kerajaan negeri memperuntukkan model bantuan RM580,000 sebulan sehingga 31 Januari tahun depan dalam usaha mengurangkan bebas kos operasi pihak syraikat berkenaan,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Cityliner di Klana Resort dekat sini petang tadi.



 Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Razak Mansor; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar; Pengarah Urusan Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh; Ketua Pegawai Operasi KTB, Tengku Hasmadi Tengku Hashim serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan. Mohamad juga menjelaskan, bantuan berkenaan akan diteruskan sehingga SPAD mendapat satu dasar pengangkutan baru diperkenalkan kepada kerajaan kelak.


 Sementara itu, Syed Hamid berkata keputusan yang dirintis oleh kerajaan negeri itu bersesuaian dengan mendahlukan rakyat memandangkan kemudahan pengangkutan bas awam masih ditagih oleh masyarakat sama ada dibandar mahupun luar bandar. ``Kita berharap supaya model yang digunapakai ini dapat dicontohi negeri-negeri kerana kita mahu akhirnya nanti kemudahan pengangkutan awam ini dapat dinikmati oleh orang ramai.

Diskaun bayaran premium tanah




 - Diskaun untuk bayaran premium tanah adalah antara insentif ditawarkan kerajaan negeri terhadap pihak menggunakan kandungan teknologi hijau dalam pembangunan yang dilaksanakan mulai tahun depan.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insentif itu bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam semua kategori pembangunan selaras dengan matlamat kerajaan mengenai dasar tersebut.

Beliau berkata, insentif itu ditawarkan meliputi setiap industri dan pembangunan seperti pengeluaran makanan, elektronik dan perumahan.

"Melalui langkah ini kita akan beri mata tertentu berdasarkan kandungan teknologi hijau yang menepati Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang diguna pakai oleh mereka.

"Penarafan akan diberi berdasarkan jumlah mata dikumpul yang akan melayakkan mereka menikmati insentif tersebut," katanya selepas merasmikan Ekspo Perumahan dan Hartanah Negeri Sembilan (MAPEX 2011) anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di sini, kelmarin.
Turut hadir, Presiden Nasional REHDA Malaysia, Datuk Seri Michael K.C Yam

Sehingga kini jelasnya, penggunaan teknologi hijau semakin mendapat perhatian di kalangan pemain industri tempatan walaupun ia sudah menjadi amalan oleh pelabur antarabangsa.

Sebagai contoh tambahnya, kilang Coca-Cola di Bandar Enstek dekat Nilai sudah pun mengguna pakai teknologi hijau mengikut piawaian pensijilan Kepimpinan Reka Bentuk Alam Sekitar dan Tenaga tahap perak (Silver Leed).

"Ia mungkin baru di negeri ini tetapi kerajaan negeri komited untuk menjayakan dasar teknologi hijau ini," ujarnya.

Mengenai MAPEX 2011, Mohamad puas hati kerana para pemaju telah menyahut seruan kerajaan untuk membina rumah berkualiti dengan reka bentuk menarik.

Katanya, hartanah di negeri ini kini bukan sahaja dibeli oleh anak tempatan, malah ia mula diminati oleh mereka yang berasal dari negeri lain tetapi bekerja di Kuala Lumpu
r.
Pada pameran itu, sebanyak 2,330 unit hartanah pelbagai jenis bernilai RM932 juta ditawarkan kepada orang ramai pada harga antara RM36,000 hingga RM1.6 juta seunit.

Friday, 18 November 2011

Tindakan Drastik Kerajaan N9 Memastikan Keselesaan dan Kemudahan Rakyat DiUtamakan

 Sejak 2 hari yg lepas syarikat bas henti2 di N9 telah memberhentikan perkhidmatan laluan tertentu dan ada yg tidak beroperasi lagi.Ini adalah disebabkan pihak syrikat sudah tidak mampu menanggung kerugian yg telah sekian lama dihadapi berikutan pelanggan agak berkurangan manakala kos operasi meningkat.
Kerajaan N9 mengambil langkah drastik untuk menyelesaikan masaalah ini demi memastikan keselesaan dan kesejahteraan masyarakat diberikan keutamaan.

Kerajaan N9  juga telah berunding dgn syarikat2  pengangkutan awam berkenaan dan telah menemui win2 formula untuk menyelesaikan masalah ini.Antara langkah penyelesaian yg diambil oleh Kerajaan N9 adalah-

-menambah laluan dan mengekalkan laluan sedia ada
-mengawal tambang
-mengawal masa perkhidmatan


Wednesday, 16 November 2011

Gerbang Kerjaya IKBN temukan pihak industri, bakal pekerja



REMBAU 15 Nov. - Penganjuran Program Gerbang Kerjaya yang diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong di sini hari ini, menjadi platform terbaik untuk para penuntut menentukan hala tuju dalam aspek pemilihan kerjaya masing-masing.

Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan, Saari Salleh berkata, program tersebut merupakan usahasama dengan syarikat industri ke arah membentuk revolusi dalam usaha mengembangkan perindustrian negara.

''Ia merupakan saluran yang bukan sahaja memberi pendedahan awal mengenai tentang peluang kerjaya, malah membuka ruang kepada pihak industri untuk memilih calon yang layak dalam bidang kepakaran yang diperlukan.

''Namun, apa yang lebih penting, inisiatif ini turut dapat memanfaat serta memudahkan para pelajar untuk mendapatkan maklumat yang tepat dalam menceburi bidang kerjaya pada masa akan datang," katanya ketika merasmikan program tersebut di Dewan Perdana IKBN Chembong, di sini, hari ini.

Program itu dihadiri oleh 650 penuntut pusat kemahiran tersebut yang turut mendapat kerjasama daripada 15 syarikat perindustrian.

Jelas Saari, program berkenaan yang masuk tahun kedua penganjuran, adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan institusi kemahiran tempatan sekali gus memenuhi pasaran kerja industri negara.

Sementara itu, Pengarah IKBN Chembong, Yusop Ibrahim, program yang menjadi acara tahunan itu dijalankan di setiap wilayah IKBN seluruh negara.

''Program ini membolehkan penuntut yang bakal menamatkan pengajian menceburi bidang yang mereka minati," ujarnya.

Dalam pada itu, seorang peserta, Mohd Faiz Basir, 23, berkata, program tersebut dapat menambah input dirinya dalam proses mencari kerja yang bersesuaian dengan kemahiran yang dipelajarinya.

''Ia memudahkan para pelajar untuk mendapatkan infomasi terkini mengenai pasaran kerja sedia ada," jelasnya.
Bagi, Marzuki Abdul Razak, 24, program tersebut mengajar tentang kaedah serta memudahkan proses pencarian kerja.

Tambah, Farah Adha Zulhisyam, 18, karnival kerjaya tersebut membuka peluang kepada penuntut untuk memilih kerjaya serta industri yang bakal diceburi pada masa akan datang.

''Program ini amat membantu kami dalam usaha mencari kerja yang sesuai buat diri masing-masing kerana kita tahu apa keperluan serta syarat yang diperlukan bagi melayakkan diri untuk memohon sesuatu kerja itu," katanya.

Seorang lagi peserta, Noor Fadila Mohd Zin, 20, memberitahu, dia berharap program itu diperkembang dan diteruskan dari semasa ke semasa demi faedah semua pihak.

Tuesday, 15 November 2011

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011

15 NOVEMBER 2011
(SELASA)
KUALA PILAH
PADANG MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
(PERARAKAN PIALA MALAYSIA 230-500PM)

Wednesday, 2 November 2011

MAINS tubuh Perbadanan Wakaf urus tanah wakaf











 Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mewujudkan Perbadanan Wakaf negeri bertujuan mengurus tadbir semua tanah wakaf untuk tujuan dibangunkan dan ditambah nilai aset berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagi melaksanakan pembangunan tanah-tanah wakaf itu, pihaknya akan meneliti beberapa lokasi yang berpotensi dimajukan sebelum usaha sama dengan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dilakukan.

''Kita hendak melihat supaya harta wakaf ini dapat menjana pendapatan kepada MAINS dan seterusnya pendapatan yang diperoleh nanti dapat digunakan bagi menjalankan kerja-kerja kebajikan menerusi dana am.

''Di negeri ini, kita telah mengenalpasti beberapa lokasi yang strategik di beberapa buah daerah untuk dibangunkan dan tempat berkenaan selepas dibangunkan dijangka dapat menjana pendapatan kepada pihak MAINS," katanya.
Mohamad yang juga Menteri Besar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Hotel Wakaf daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Jawhar dan MAINS di Kompleks Baitul Hilal di Port Dickson di sini hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abd. Razak Mansor; Ketua Pengarah Jawhar, Datuk Anan C. Mohd.; Pengarah JKR negeri, Ir. Datuk Dr. Roslan Md. Taha dan Setiausaha MAINS, Kamal Amran Kamarudin.
Ditanya mengenai pembangunan kawasan hotel dan Baitul Hilal, Mohamad berkata, projek pembangunan itu menggunakan dana am MAINS selain peruntukan Jawhar melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebanyak RM30 juta.

''Ia sama sekali tidak menggunakan wang zakat kerana projek ini adalah dana am hasil pelaburan yang dilakukan oleh MAINS.

''Kemudahan ini boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat sama ada untuk bercuti dan aktiviti lain. Pada masa yang sama beberapa projek sampingan akan kita laksanakan selepas ini termasuklah kolam renang dan lain-lain lagi sedang rancak dilakukan," kata beliau.  -sumber Utusan Malaysia-

Tuesday, 1 November 2011

Isu Pengambilan Tanah Di SJKC Selesai.


 Masalah yang membelenggu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chung Hua di Jalan Tuanku Munawir dekat sini ekoran isu pengambilan tanah seluas kurang sehektar mencapai jalan penyelesaian selepas kerajaan negeri campur tangan dalam isu berkenaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengumumkan perkara itu menjelaskan kerajaan negeri meluluskan permohonan pengambilan tanah kepada lembaga pengelola SJKC Chung Hua selepas mengambil kira kepentingan pelajar.
Jelas beliau, perkara itu diputuskan selepas melihat kepada kewajaran pihak pengelola sekolah melalui permohonannya untuk mendirikan bangunan tambahan di tanah berkenaan bagi menampung bilangan pelajar yang ramai.
''Sebelum ini pihak sekolah berhadapan dengan kesukaran apabila pihak pemaju swasta dikatakan mahu memajukan tanah berkenaan.
''Atas sebab-sebab bakal mengundang ancaman keselamatan pelajar, pihak pengelola sekolah terpaksa meminta bantuan kerajaan negeri untuk campur tangan bagi membantu dalam proses pengambilan tanah tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Perjanjian kepada sekolah berkenaan di sini, hari ini.
Mohamad berkata, kerajaan negeri bersetuju setelah pertimbangan dibuat dengan melihat dalam segala sudut.
''Pada hari ini saya akan menyerahkan borang kelulusan permohonan yang telah pun diluluskan oleh barisan exco dan jabatan-jabatan berkaitan untuk pihak sekolah bagi membolehkan bangunan tambahan dibina ditapak berkenaan," katanya.
Pada majlis itu, Mohamad menyumbangkan RM100,000 melalui dana Menteri Besar Incorporated (MBI)kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, selain RM1 juta disumbangkan daripada sebuah syarikat swasta.