Powered By Blogger

Monday 22 September 2014

F3000 Powerboat 2014 Port Dickson



Port Dickson, 21 Sept. - Sebanyak 17 pelumba dari Malaysia, Brunei, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Papua New Guinea, Singapura, Thailand dan United Kingdom menyertai NS International F3000 Powerboat 2014 yang berlangsung di PD Waterfront, Port Dickson.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan hadir bagi memulakan perlumbaan peringkat akhir ‘Feature Race’ NS International F3000 Powerboat 2014.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi kategori ‘Drag Race’ yang berlangsung semalam (Sabtu) di mana tempat ketiga dimenangi oleh Tan Chew Tze Siang dari Team Atlantic, Johor, naib johan dimenangi oleh Wareen Fernandez dari Team Fernandez Racing, Selangor dan johan dimenangi oleh Zulfaqa Rameli dari ZRC@ Racing Team, Johor.

Bagi kategori ‘Feature Race’ pula, tempat ketiga dimenangi oleh Warren Fernandez dari Team Fernandez Racing, Selangor, naib johan dimenangi oleh Ng Kok Siong dari Team Atlantic, Johor dan johan diungguli oleh Fairuz Fauzy dari Mofaz Razing Team, Kuala Lumpur.

Di majlis sama beliau turut meluangkan masa menyaksikan persembahan ‘flying boarding’ selain mendengar ‘buskin’ music’ di tapak penganjuran di sini.

Perlumbaan antarabangsa yang berlangsung tiga hari ini dianjurkan bersama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Kelab Powerboat F3000 dan PD Waterfront.

Majlis itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Awaluddin Hj Said, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Tuan Tun Hairudin Abu Bakar, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Baharuddin Jali, Pengerusi Kelab F3000, Robert Fernandez.

Wednesday 17 September 2014

Bunohan




PENGKALAN KUBOR, 16 Sept. : Kunjungan Dato Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hasan ke DUN Pengkalan Kubor disambut baik warga tempatan semalam. Selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan beliau turut mengikuti beberapa kempen calon BN sekitar Pengkalan Kubor.

Selain mendekati penduduk sekitar PDM Bunohan, beliau turut meminta agar penduduk memberikan peluang kepada calon BN, Haji Mat Razi bagi memastikan projek yang belum disempurnakan oleh Allahyarham Dato’ Nor Zahidi dapat dilaksanakan sekaligus meneruskan legasi Dato Di untuk penduduk DUN Pengkalan Kubor.

Menurut Hj Mohamad Hasan, pemilihan Haji Mat Razi menggantikan Allahyarham Dato Nor Zahidi adalah satu pilihan yang tepat dibuat pucuk pimpinan BN berdasarkan pengalaman 23 tahun Haji Mat Razi mengikuti arwah memberikan khidmat kepada warga Pengkalan Kubor.

Selain anak tempatan, Haji Mat Razi turut mempunyai latar belakang pendidikan agama yang baik dan ini membolehkan beliau memahami kehendak penduduk Pengkalan Kubor sebagaimana Allahyarham Dato Nor Zahidi.

Sambutan Hari Malaysia ke-51 Peringkat Negeri Sembilan 2014



Seremban, 16 Sept. – Menggunakan tema sama dengan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57, “Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”, Sambutan Hari Malaysia ke-51 Peringkat Negeri Sembilan 2014 berjaya menterjemahkan kasih sayang warganegara pelbagai bangsa di negeri ini.

Bertepatan dengan kelainan konsep yang pertama kali di perkenalkan, Kerajaan Negeri menghargai usaha agensi penganjuran bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bercirikan teknologi tinggi serta menerap nilai patriotik dan sayangkan negara.

Idea memasukkan elemen sejarah negara mencapai kemerdekaan dan percantuman Sabah dan Sarawak di dalam Gagasan Malaysia pada 16 September 1963 dalam persembahan 3D memberi kelainan dan keterujaan pengunjung yang tidak melepaskan peluang meraikannya di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), hari ini.

Menyempurnakan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sembilan, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan. Mengiringi beliau, isteri, YM Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin.

Turut hadir, Yang Di-Pertua Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Hj Awaluddin Hj Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mat Ali Hj Hasan.

Menteri Besar di dalam ucapan menyatakan, bahawa Kerajaan Negeri akan memberi peluang secara bergilir kepada jabatan dan agensi kerajaan di dalam penganjuran seumpamanya mulai tahun ini.

Katanya lagi, “kehadiran yang ramai di padang ini lahir dari keluhuran kasih sayang kepada negara dalam masa yang sama mengiktiraf dan mengangkat takwim penting dalam pembentukan sebuah negara bangsa bernama Malaysia.”

“Tanggal ini merupakan tarikh penting dalam kronologi journal penubuhan negara berwibawa, negara maju di bawah kepimpinan progresif dalam menentukan halatuju negara.” ujar beliau lagi.

Namun begitu, nikmat kesyukuran beroleh kemerdekaan juga perlu diterap di dalam diri di samping berusaha untuk sama-sama meraih kecemerlangan selari dengan pengalaman dan keupayaan yang dimiliki sejak lima dekad yang lalu.

Monday 15 September 2014

Majlis Perkahwinan Puteri Ketiga Menteri Besar Negeri Sembilan







Rantau, 14 Sept. – Majlis Perkahwinan Puteri Ketiga Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan dan isteri, YM Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin berlangsung meriah di kampung halaman, Kampung Tanjung, Rantau, hari ini.

Majlis perkahwinan Azrin binti Mohamad dan pasangan Muhamad Azri bin Kasim turut menerima kunjungan tetamu kehormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sekitar jam 1.00 tengahari.

Majlis perkahwinan Azrin binti Mohamad dan pasangan Muhamad Azri bin Kasim turut menerima kunjungan tetamu kehormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sekitar jam 1.00 tengahari.

Majlis berlangsung jam 10:00 pagi dan berakhir 4:00 petang menerima kunjungan ramai tetamu sekitar negeri ini yang tidak melepaskan peluang menyaksikan perkahwinan secara tradisional di samping semangat gotong royong diterapkan oleh ‘orang pangkal’ yang menyiapkan ‘lauk pauk’ untuk di hidangkan kepada para tetamu yang hadir.

Sehingga jam 4:00 petang, di jangka hampir 15,000 orang para tetamu yang hadir.

Antara tetamu yang hadir, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Menteri Belia Dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Rembau, Tn Hj Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Yang Dipertua Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Awaluddin Hj Said dan isteri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mat Ali Hj Hasan dan isteri.

Thursday 11 September 2014

Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)


SEREMBAN, 9 Sept – Sebanyak 3 ribu unit rumah dibawah projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) akan dibina di tengah-tengah bandar Seremban. Ini secara tidak langsung akan merubah bentuk fizikal Bandar Seremban melalui satu projek mensejahterakan rakyat dari kerajaan Barisan Nasional.
Projek perumahan yang dibangunkan melalui 3 fasa secara berperingkat itu bakal diduduki pada 30 bulan akan datang dimana Majlis Pecah Tanah Projek PR1MA @ Seremban Sentral telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Seremban Sentral, hari ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, menjelaskan bahawa projek perumahan PR1MA @ Seremban Sentral merupakan satu projek komprehensif dengan kerjasama Perbadanan PR1MA Malaysia dan KTM Berhad bagi pembangunan Stesen Seremban Sentral yang bakal menjanjikan kediaman unik dengan pelbagai fasiliti lengkap untuk kemudahan penghuni kelak.
“Disinilah lahirnya sebuah projek penambah-baikan bandar Seremban yang bakal merubah lanskap Seremban sebagai  hub bersepadu bagi aktiviti perniagaan, komersil dan kediaman dalam masa akan datang,” katanya.
Tambah beliau, Kerajaan Negeri juga akan mengusulkan satu pembangunan konprehensif dalam masa 10 tahun akan datang agar meletakkan Negeri Sembilan sebagai Lembah Klang berikutan kawasan Lembah Klang kini semakin padat dan tidak mampu menampung pembangunan yang kian pesat hasil usaha kerajaan Barisan Nasional.
Sementara itu, YAB Perdana Menteri turut menyatakan bahawa PR1MA merupakan keperluan utama bagi rakyat di negara ini yang memerlukan rumah sebagai harta dan tempat perlindungan.
Tambahnya, PR1MA juga merupakan salah satu agenda kerajaan dalam mensejahterakan rakyat dimana ianya membuka peluang kepada golongan sasar untuk memiliki sebuah rumah.
“Setiap unit rumah PR1MA diberi 20% lebih murah berbanding harga rumah semasa dimana ianya menggunakan sistem sewa-beli antara penyewa dan PR1MA sehinggalah akhirnya menjadi hak milik kekal seseorang itu,” jelasnya.
Turut hadir dalam majlis itu, Pengerusi Perbadanan PR1MA, YB Tan Sri Dr. Ir. Jamaludin Jarjis, Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Abdul Mutalib Alias, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Shahidan Kassim, Menteri KPDNKK, YB Dato’ Seri Hassan Malik, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr. Awaluddin Said serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mat Ali Hassan.

Pertahankan Semangat Persaudaraan UMNO


JELEBU, 7 Sept – Pertahankan semangat persaudaraan dan kekeluargaan dalam parti Umno yang mesti kita kekalkan kerana ianya akan dapat diterjemahkan dalam satu perpaduan yang boleh ditonjolkan kepada masyarakat dan orang ramai sebagai suatu parti yang amat mantap yang bersatu padu dan berjalan seiring sebagai satu resepi menjadi Umno lebih kukuh dan kuat.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hj Hasan, menjelaskan perkara demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jelebu 2014 di Dewan D’Sury, hari ini.
Berucap dihadapan perwakilan dari seluruh cawangan bahagian Jelebu, beliau mahu setiap ahli mensasarkan gerak kerja yang lebih efisyen terutamanya bagi golongan ‘atas pagar’ yang masih terkeliru dengan visi parti untuk membela rakyat khususnya masyarakat melayu.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, menyatakan bahawa setiap kepimpinan akar umbi perlu menonjolkan sikap positif dengan mengembalikan perpaduan kalangan ahli untuk memantapkan parti agar terus menjadi pilihan rakyat sebagai tempat untuk mereka meletakkan harapan.
“Kita perlu mengurus parti dengan baik kerana parti yang dilihat kelam-kabut, berpecah-belah dan sentiasa ada persengkataan dalaman menjadikan pengundi tidak yakin untuk meletakkan pengharapan mereka,” jelas beliau.
Tambah beliau, Umno perlu bekerja kuat, perlu kukuh, bersatu dari sekarang kerana ianya bukan sahaja untuk menempuh pilihanraya tetapi masa-masa yang jauh dari itu, untuk terus membela maruah dan martabat orang melayu dimasa akan datang.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Jelebu, YB Dato’ Jalaluddin Alias menyatakan ikrar untuk terus memperkasakan parti untuk pembelaan bangsa melayu.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, YB Dato’ Awaluddin Said, Timbalan Ketua Umno Bahagian Jelebu, Tuan Hj Baharuddin Jali, Ketua Wanita Umno Bahagian, Zuraidah Mohd Zin, Ketua Pemuda Umno Jelebu, Mohd Aizil Bin Md Derus, Ketua Puteri, Rozilawati Abd Malik, Adun Klawang serta barisan kepimpinan Umno Bahagian Jelebu dan Penasihat Sosio Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Utama Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Monday 8 September 2014

‘Road To MAHA’




Telok Kemang, 06 Sept. – Negeri Sembilan menjadi destinasi ke-8 Majlis ‘Road To MAHA’ sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNNS) Tahun 2014 yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berlangsung di Dataran Seri Kemang, Telok Kemang hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, di sini hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran para peladang, penternak dan nelayan dari seluruh negara dalam mempromosikan produk mereka di karnival seumpama ini.

Menteri Besar di dalam ucapan menyarankan agar sektor pertanian dan industri asas tani ini tidak dipinggirkan malah diberi kepentingan seumpama industri pembuatan, teknologi maklumat dan sebagainya.

Ujar beliau di dalam ucapan, di saat negara sedang berusaha ke aras status negara maju, sektor pertanian dan industri asas tani merupakan industri yang teramat penting terutamanya membekalkan sumber makanan kepada rakyat dalam negara tanpa bergantung kepada sumber bekalan dari luar negara.

Perkara ini amat penting terutamanya dari segi keselamatan di mana sekiranya negara terlalu bergantung kepada sumber bekalan dari luar, di takuti sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini di negara pembekal seperti rusuhan dan pergaduhan akan memberi kesan buruk dan kemudaratan pula kepada negara.

“Makanya, mahu tidak mahu, negara kita yang bersedia menjadi sebuah negara maju, semua sektor tidak boleh dibiarkan ketinggalan, malah jangan ada satu pun sektor yang tercicir. Di khuatiri pembangunan dan usaha kita kan menjadi senget dan tempang.

Hadir sama, Ketua Setiausaha,Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Mohd Arif Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Awaluddin Hj Said, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mat Ali Hj Hasan dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Dato’ Hasim Rusdi.