SEREMBAN, 12 Jan – Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) Peringkat Negeri Sembilan di Auditorium Tunku Puan Cik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad RTM, Sungai Gadut.
Program diisi dengan tiga sesi ceramah oleh Pengarah Kastam Negeri, Negeri Sembilan, YBhg. Tuan Syed Mohri Bin Syed Abu Bakar, Pengarah Stake Holder Management, YBhg. Encik Samsulkamar Bin Mohamad Ali, Unit TERAJU JPM, YB. Datuk Haji Jalaluddin Bin Haji Alias, dan Timbalan Menteri Kewangan, Malaysia, YB. Dato’ Haji Ahmad Bin Maslan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan menasihati masyarakat khususnya di Negeri Sembilan untuk mengurus dan memahami kegiatan ekonomi dengan lebih baik.
Beliau di dalam ucapan turut menjelaskan, kefahaman GST kepada pengetahuan umum yang masih keliru ketika ini perlu dipergiatkan.
Sementara subsidi petrol yang dikurang dan subsidi gula diberhentikan oleh kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri turut merisaukan masyarakat umum.
Penjelasan terperinci oleh pihak kerajaan amat perlu dan difahami rakyat supaya mereka faham siapa sebenarnya memperoleh keuntungan sebagai pengguna.
Masyarakat juga diseru untuk mengambil maklumat serta banyak membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam masa yang sama bagi merealisasikan hasrat beliau menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu.
Peserta program, Nur Hanani Binti Sobri, 21, pelajar jurusan TESL di Maktab Perguruan Raja Melewar ketika ditanya wartawan n9kini berkata, “Kerajaan negeri perlu meneruskan usaha dalam memainkan peranan utama sebagai sumber penerangan yang jelas kepada masyarakat”.
Ini dinyatakan ekoran terdapat penyebaran maklumat yang salah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, ahli Persatuan Belia Dinamik Barat, Mohd Haikal Bin Zuhairi, 18, berkata, “Konsep mesra rakyat dalam menyampaikan maklumat amat dipersetujui dan kerajaan negeri juga perlu menambah sumber kewangan untuk bantuan masyarakat”.
No comments:
Post a Comment