Seremban, 05 Jan. – Usaha Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Sanusi, Pengerusi Sofa Education, Ahli MAINS dan Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Aqidah Kerajaan Negeri Sembilan membawa kaedah ‘Manhaj Sanusi’ di dalam kehidupan umat Islam kini amat dialu-alukan.
Kaedah ini amat sesuai dan bertepatan dengan tingkahlaku manusia hari ini seterusnya memantapkan aqidah umat Islam menurut ajaran al-Quran dan Hadis sahih.
Ujar Menteri Besar Negeri Sembilan juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika di sidang media ringkas selepas menyempurnakan seminar dakwah dan pendidikan antarabangsa “Pemerkasaan Pendidikan dan Dakwah Melalui Manhaj Sanusi’ sempena Pengkhataman Muwatta’ kali ke-2.
Beliau turut khuatir karenah umat Islam hari ini yang banyak berguru dari pelbagai cabang ajaran sehingga tidak mengambarkan rujukan sahih.
Malah, ada dikalangan umat Islam yang berani mengaku Tuhan, antaranya Tuhan Harun, Tuhan Kahar. Begitu juga ada yang mengaku Nabi Melayu dan Nabi Jawa sehingga ada yang percaya dan jumlahnya amat ramai.
Beliau menyokong usaha yang dilakukan oleh Yayasan As-Sofa melalui kaedah Manhaj Sanusi dengan membawa ulamak-ulamak yang terkemuka dari Madrasah As-Sanusi seterusnya membawa silibus tersebut untuk difahami.
Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memulihkan penyakit aqidah yang melanda umat Islam negara ini.
No comments:
Post a Comment