POTA mampu sekat 'kemarakan' militan
SEREMBAN 8 April - Ancaman keganasan tidak hanya dilihat dalam masyarakat tetapi bahayanya dikesan apabila pengaruhnya dise-bar luaskan dalam alam maya.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, senario itu akan menjadi lebih parah jika tiada sekatan dibuat segera kerana dibimbangi rakyat amat mudah terpengaruh dengan pujuk rayu dan visual yang ditayangkan.
Justeru katanya, dengan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang diluluskan pagi tadi, nyata dilihat sebagai sesuatu yang akan memastikan keamanan negara dijaga dan rakyat hidup dalam suasana harmoni.
“Rang undang-undang itu amat diperlukan apatah lagi ancaman yang datang dalam pelbagai sudut tanpa disedari rakyat.
“Siapa sangka ada beberapa rakyat Malaysia yang mati di Syria menyertai militan Negara Islam (IS) dan ada pula dalam kalangan mereka berbangga memegang kepala manusia yang dipenggal biarpun kita tidak tahu kesahihannya.
“Ancaman kini tidak seperti dulu kerana dalam alam maya pun mereka boleh merekrut ahli,” katanya di sini.
Mohamad berkata demikian dalam sidang ahkbar selepas menghadiri Majlis Penghargaan Pesara Tahun 2014 Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di Wisma Negeri di sini hari ini.
Beliau, juga mengingatkan orang rang ramai agar tidak memberikan tanggapan negatif mahupun spekulasi mengenai pelaksanaan POTA 2015 kerana undang-undang itu bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.
“Hanya mereka yang ada niat atau sengaja mencetuskan huru-hara di negara ini sahaja yang akan mengkritik pelaksanaan POTA. Orang ramai tidak perlu bimbang kalau mereka tidak melakukan sedemikian,'' katanya.
Dalam pada itu beliau juga melihat penahanan 17 suspek yang ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai terlibat dengan kumpulan militan IS adalah tindakan yang perlu dijadikan pengajaran.
Jelasnya, jangan fikir aktiviti keganasan itu tidak boleh berlaku di negara ini walhal mereka yang terlibat dengan IS ini sudah dilatih untuk mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.
“Mereka yang ditahan itu kerana boleh memudaratkan orang ramai dan dilatih secara ketenteraan untuk tidak takut mati.
“Jangan tunggu benda tidak berlaku dan jangan fikir ini tidak boleh berlaku. Bila kita pandang remeh tanpa ada penguatkuasaan undang-undang, waktu itu sudah tidak berguna lagi,” katanya.
SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259
ReplyDelete