Rantau,
18 Jan – Bantuan khas persekolahan yang dijanjikan Perdana Menteri Malaysia,
Dato’ Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak, tertunai di seluruh
negara.Penyerahan bermula semalam di beberapa buah sekolah dan dilakukan secara
berkelompok.
Dato’
Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan menyampaikan
Bantuan Khas Persekolahan RM100 Tahun 2013 bagi SJK (T) Rantau, SJK (T) Kg Saga
dan SJK (T) Linsum di Dewan Orang Ramai Rantau yang melibatkan lebih 500 orang
pelajar.
Menurut Menteri Besar, tidak pernah dibentangkan mana-mana
Menteri Kewangan yang melibatkan bantuan secara terus kepada rakyat seperti
yang dilakukan di negara ini.
Kebiasaannya,
Menteri Kewangan akan memberi penekanan kepada dua perkara iaitu, belanjawan
pendapatan pembangunan dan pembentangan untuk kakitangan awam. Malaysia, telah
meletakkan belanjawan ketiga iaitu tajuk khusus memberi bantuan terus
kepada rakyat Malaysia.
Bermula Februari ini pula akan bermula penyerahan BR1M 2.0 yang
melibatkan ketua isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000. Jika dulu
individu yang belum berumah tangga tak diberi penekanan, kini mereka turut dapat
jika pendapatan kurang dari RM2,000.
Menteri Besar berkata, “Negara
Malaysia merupakan negara terbaik di dunia, buat apa nak meragam.. kita sudah
lama duduk sejak zaman merdeka. Hari ini anak-anak dapat hidup dalam keadaan
aman dan harmoni.
Rahsianya
adalah tidak lain dan tidak bukan, mari kita sama-sama bersatu padu, mari kita
sama-sama hormat-menghormati. Mari kita menjadi rakyat yang sentiasa mahu
melihat negara ini akan terus berada dalam keadaan baik. Itu sahaja rahsianya,
tak susah..” tegas beliau.
Beliau turut mengingatkan, “Buat apa percaya cakap orang yang
menuduh itu dan ini.. cakap itu tak betul, ini tak betul semua kerajaan buat
tak betul.. mereka cuma mahu melihat kita berpecah belah. Bila kita berpecah
belah, maka agenda asing yang berkepentingan akan masuk dan mempengaruhi..
“Jika ada yang tidak puas hati.. kita suarakan.. kita cakap..
sudah tentu Kerajaan mendengar denyut nadi rakyat..” katanya lagi.
Turut hadir, Puan Hajah Kalsom Khalid, Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan, Encik Mohd Sah Zainal Abidin, Pegawai Pelajaran
Daerah Seremban, Encik Mohd Azwar Iq’bal Tahir, PEgawai Pelajaran Port
Dickson, Dato’ Hj Azman Hj Hasan, Setiausaha Barisan Nasional Parlimen
Rembau dan Dato’ T. Rajagopalu, Pengerusi MIC Negeri Sembilan.
Hadir sama, Puan Gracy Antony, Guru Besar SJK (T) Linsum, Puan
Menahan, Guru Besar SJK (T) Ladang Sagga, Encik Arumugum, YDP SJK (T) Rantau,
Encik S. Kumaranell, YDP SJK (T) Linsum dan Encik K. Selvarajah, YDP SJK (T)
Ladang Sagga.
No comments:
Post a Comment