Bukit
Rokan, 20 Jan – Felda Bukit Rokan Barat yang dibuka pada tahun 1979 dan mula
dibangunkan pada tahun 1981 oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) di
keluasan 789.01 hektar telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan.
Mula mengambil peneroka di tahun 1985, kini setelah 30 tahun
berlalu dan melalui pelbagai rintangan mereka diberikan suratan hak milik tanah
yang diusahakan sejak sekian lama.
Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika lawatan kerjanya di
Bahagian Jempol, menyempurnakan Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik Peneroka
Felda Bukit Rokan Barat, Gemencheh yang terletak di dalam kawasan Dewan
Undangan Negeri Jeram Padang, petang tadi.
Seramai 193 orang peneroka menerima suratan tersebut yang
diserahkan oleh Menteri Besar di Perkarangan Masjid Felda Bukit Rokan Barat.
Beliau
turut mengesa pengurusan Felda Bukit Rokan Barat agar menaiktaraf jalan raya
yang telah rosak dan uzur serta membina gelanggang futsal bagi kegunaan belia
Felda.
“Jika perkara ini tidak dapat diselesaikan, Kerajaan Negeri akan
bertindak menyelesaikannya, maka Felda turut perlu menanggung segala kos yang
dibelanjakan. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,
menyalurkan banyak peruntukan di bawah skim Felda, mana mungkin kemudahan asas
seperti ini lambat untuk diusahakan?” katanya lagi.
Katanya, “buat apa kita berusaha penat lelah, kemudian kita
mendengar dan percaya apa yang dibawa mereka. Beringatlah, Felda satu projek
kerajaan yang amat berjaya. Biarlah mereka sahaja menjadi antah, kita yang
beras perlu menjaga lopak kita.”
Beliau yang turut menyambut baik projek pembinaan rumah untuk
generasi kedua Felda, bersetuju untuk pembinaan tersebut yang memberi kemudahan
kepada generasi kedua yang telah membina keluarga dan tinggal di sini.
Turut hadir, Dato’ VS Mogan, ADUN Kawasan Jeram Padang,
Dato’ Zainab Nasir, ADUN Gemas dan Encik Mohd Zambro Zuhri, Ketua Peneroka
Felda Bukit Rokan Barat.
No comments:
Post a Comment