Seremban,
20 Apr – Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sembilan kali ke 56 di
sempurnakan oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni
Almarhum Tuanku Munawir, di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah Paroi.
Di dalam titah baginda, baginda menyeru umat Islam agar sentiasa
menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
Titah baginda, mendekatkan diri dengan bacaan al-Quran itu
menjadikan umat Islam sentiasa berada dekat dengan Allah SWT, bagi menghadapi
dunia yang penuh mencabar dan masyarakat terdedah dengan globalisasi tanpa
sempadan.
Manakala,
Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Pengerusi Majlis Agama Islam (MAINS) pula
merafak sembah di atas kesudian hadir DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
di majlis seumpama ini.
Menurut beliau di dalam ucapan, majlis ilmu seumpama ini memberi
kesan dan manfaat yang baik kepada si pembaca.
Katanya, al-Quran bukan sekadar panduan di dalam pelbagai aspek,
malah al-Quran turut memberi kesedaran kepada keagungan syiar Islam.
Majlis yang dianjurkan setiap tahun ini turut melahirkan lebih
ramai generasi muda mencintai al-Quran.
Budaya sosial yang melanda generasi muda, di samping golongan
berusia menuding jari kepada generasi muda bukan satu keputusan yang tepat,
maka dengan pendekatan mendampingi al-Quran maka budaya salah menyalahi
tersebut terhindar dengan sendirinya.
Oleh yang demikian, panduan dan ilmu bagi umat Islam ialah
al-Quran.
Turut hadir, Tunku Besar Tampin, Undang Yang Empat, Dato’ Mat
Ali Hj Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Mufti Kerajaan Negeri
Sembilan, Sahibus Samahah Dato’ Hj Mohd Yusof Ahmad dan Dato’ Johani Hassan,
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment