SEREMBAN,
19 Feb : “Generasi guru di negeri ini digalakan mendekati masyarakat ia adalah bagi
mengembalikan era kegemilangan profesion perguruan seperti masa dahulu” ujar
Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohammad bin Hasan.
Ini adalah kerana guru merupakan pendidik, guru juga
dijadikan tempat rujukan dalam masyarakat dan dikalangan guru banyak memegang
jawatan dalam persatuan masyarakat.
Sikap segelintir guru yang mula menjauhkan diri daripada
masyarakat semenjak kebelakangan ini perlu dihindari.
Malangnya, segelintir pihak melemparkan pelbagai tuduhan buruk kepada guru
yang mahu mendekati masyarakat.
“Sepatutnya semua guru mesti menjadi ahli masyarakat kerana guru
dapat melakukan perubahan yang baik terhadap masyarakat dengan mengkaji
kelemahan-kelemahan masyarakat.”
“Justeru
dengan itu guru dapat menyelami isi hati masyarakat dan belajar dari sejarah
agar masalah ini dapat diatasi kerana guru adalah pendidik kepada anak-anak
mereka.”
“Jangan
pula selaku guru, kita jadi individu yang menanam rasa kebencian dalam diri ini
anak murid,” katanya pada program profesionalisme Guru Muda 1 Malaysia
(GM1M) Negeri Sembilan di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad
RTM, Sungai Gadut, di sini.
Pada majlis sama, Menteri Besar turut klik ‘SUKA’ dan memberi
komen pada laman muka buku GM1M dan menyanyikan lagu 1M4U beramai –
ramai.
Terdahulu, turut diadakan taklimat pengurusan perkhidmatan guru
dan semarak minda oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.
Menteri Besar berharap guru muda mempunyai semngat yang tinggi
untuk mendidik anak bangsa dan menghayati dasar pelajaran kebangsaan dan
negeri.
Hal ini kerana, guru bukan sahaja penentu masa hadapan
pelajarnya malah masa hadapan negara.
Turut
hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi, Dato’
Shamsulkahar bin Mohd Deli dan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan,
Hajah Kalsom binti Khalid.
No comments:
Post a Comment