Powered By Blogger

Friday, 5 April 2013

MRSM akan dibina di Rantau




Seremban, 21 Mac – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Program MARA Menjelang 2020 : Tertunaikah Amanah Rakyat?, di Allson Klana Resort.

MARA yang dulunya dikenali sebagai RIDA yang diperkenalkan oleh Dato’ Onn Jaafar, tidak boleh dipandang ringan kerana usaha tersebut menjadikan bangsa Melayu berada di pelbagai organisasi dan berjaya membangunkan negara.

Kini MARA telah menyahut cabaran dan mengisi dasar kerajaan dengan pelbagai pelan pembangunan serta  transformasi yang di bawa Kerajaan umpamanya di bawah falsafah 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi yang meliputi Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10.

Ujar Menteri Besar lagi, “Sejak merdeka 56 tahun lalu inilah kemajuan yang kita perolehi, insan yang terkebelakang tetapi sentiasa memikirkan apa yang hendak dan perlu di lakukan pada masa hadapan.”

Beliau turut mengucapkan terima kasih dengan cadangan MARA untuk membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Rantau.
Turut hadir, Dato’ Abd Rahim Abd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA,  Encik Amir, Pengarah MARA Negeri Sembilan dan Dr. Syed Alwi, Pengetua Kolej MARA Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment