Powered By Blogger

Wednesday 16 July 2014

RM46, 500 Sumbungan Kepada Warga Emas



RANTAU, 13 Julai – Seramai 155 orang warga emas yang berumur 70 tahun keatas diseluruh kariah Kampung Sega dan Kampung Linsum, Rantau dipilih menerima sumbangan raya sempena bulan Ramadhan bagi tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan berkata, bantuan RM300 bagi setiap individu yang terpilih itu melibatkan wang sumbangan sebanyak RM46, 500.

Menurut beliau, selain penerima sumbangan warga emas berusia 70 tahun keatas itu, seramai 76 orang asnaf fakir dan miskin turut menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 hasil daripada kutipan wang zakat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM22, 800 dalam kedua-dua majlis yang dianjurkan.
“Selain wang zakat yang diagihkan kepada penerima asnaf fakir dan miskin, saya rasa bangga ada insan yang turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM46, 500 untuk disampaikan kepada 155 orang warga emas di kariah ini”, katanya.

Terdahulu dalam ucapan, beliau menjelaskan bahawa wang yang diberikan hari ini merupakan wang dari sumber yang berbeza dimana satunya adalah daripada Pejabat Baitulmal Daerah Seremban dan satu lagi daripada sahabatnya sendiri untuk disumbangkan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Raya Kepada Warga Emas 70 Tahun Keatas, di sini, ekoran terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa kesemua wang yang disumbangkan adalah hasil daripada kutipan zakat.
Sesi penyampaian sumbangan disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar bersama isteri, YM. Raja Datin Seri Hajah Salbiah Binti Tengku Nujumudin.
Dalam majlis yang sama, Menteri Besar turut menyampaikan bantuan kerusi roda daripada Pejabat Baitulmal Daerah Seremban kepada saudara Termizi Bin Ahmad.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama penduduk kariah berkenaan.

Turut hadir, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Tuan Kamal Amran Bin Kamarudin dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Seremban, Puan Norazlin Binti Mohd Nor.

No comments:

Post a Comment