Powered By Blogger

Wednesday 16 July 2014

Bantuan Khas Ramadhan



RANTAU, 12 Julai – Majlis Penyampaian Bantuan Khas Ramadhan 1435H kepada asnaf fakir dan miskin berserta sumbangan raya kepada warga emas berusia 70 tahun keatas telah diadakan.

Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi MAINS, YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan berkata, bantuan serta sumbangan sebanyak RM300 ini adalah bersempena bulan Ramadhan yang mulia untuk diberikan kepada asnaf berkenaan serta warga emas yang berusia 70 tahun keatas.

Penganjuran majlis ini melibatkan tiga buah kariah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Rantau iaitu kariah Kuala Sawah, Bemban dan Felda Sendayan.

Seramai 497 orang yang hadir bagi menerima sumbangan dalam majlis ini turut mengambil kesempatan merasai nikmat penghargaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan diatas jasa dan pengorbanan bersama-sama mengecapi kemerdekaan di Tanah Air tercinta suatu masa dahulu.

“Bersyukurlah kita kerana masih diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan bantuan agar dapat meringankan beban rakyat untuk meraikan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba kelak”, katanya.
Dalam majlis yang sama, Menteri Besar turut menyarankan agar masyarakat Islam membayar zakat dalam bulan Ramadhan.

“Lebih afdal sekiranya umat Islam menunaikan kewajiban dengan membayar zakat dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini supaya dapat melancarkan agihan zakat setelah kutipan dilaksanakan dengan baik”, jelasnya lagi.
Majlis berakhir dengan sesi penyampaian bantuan oleh YAB. Menteri Besar bersama isteri, YM. Mas Mi Ra

ja Datin Seri Hajah Salbiah Binti Tengku Nujumudin .
Turut hadir, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Tuan Kamal Amran Bin Kamarudin.

No comments:

Post a Comment