Powered By Blogger

Tuesday 8 July 2014

Anak Yatim Kongsi Kenikmatan Ramadhan


SEREMBAN, 7 Julai – Suasana Ramadhan seringkali menjadi rebutan setiap umat Islam dalam mencari keredhaan dan keberkatan dengan pelbagai aturcara bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik untuk sama-sama merasai nikmat bulan mulia ini.
Kesempatan yang sedemikian itulah yang turut diambil perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Majlis MAINS, Agensi Agama, Kakitangan Pejabat Menteri Besar dan Alumni Sekolah Tunku Ampuan Durah, Seremban di kediaman rasmi beliau.
Dalam majlis yang diadakan itu, seramai 40 anak-anak yatim dari Sekolah Tunku Ampuan Durah diraikan bagi bersama-sama menikmati kesyukuran di bulan Ramadhan al Mubarak ini.
Turut sama memeriahkan majlis, YM Raja Datin Seri Salbiah Tunku Nujumuddin, isteri kepada YAB Menteri Besar merangkap Pengerusi PEKERTI Negeri Sembilan.
Turut hadir, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YB Sohibus Samahah Dato’ Hj Mohd Yusof bin Hj Ahmad, Pengarah JHEAINS, Tuan Haji Selamat bin Paigo, Setiausaha MAINS, Tuan Kamal Amran bin Kamarudin dan Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan, Tuan Hj Nor Azmi bin Hj Musa.

No comments:

Post a Comment