Powered By Blogger

Wednesday 4 July 2012

Pembangunan Negeri Sembilan Terus Cemerlang





SEREMBAN, 03 Julai – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar, hari ini mendengar pembentangan Pelan Pembangunan Strategik Negeri Sembilan oleh Dr. Zakariah Abdul Rashid, Pengarah Eksekutif MIER di Wisma Negeri, petang tadi.
Pembentangan itu berkaitan strategi pembangunan yang dicadangkan berdasarkan kajian yang dilakukan, dan Menteri Besar berpuas hati dengan pencapaian kemajuan pembangunan ekonomi Negeri Sembilan 2006 – 2012.
The Malaysian Institute of Economic Research (MIER), juru runding yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Sembilan, telah membuat kajian berkaitan pelan pembangunan strategik Negeri Sembilan dan mendapati perkembangan ekonomi Negeri Sembilan meningkat sejak tahun kebelakangan ini dan ianya satu pencapaian baik untuk negeri ini.
Berbanding dengan GDP Negara iaitu 3.8%, Negeri Sembilan telah mencapai pertumbuhan purata GDP sebanyak 5.0%  diantara 2005 – 2009 di mana ianya meliputi sektor pertanian, pembinaan dan perkhidmatan.
Kemajuan Pencapaian Pembangunan GDP boleh dirujuk seperti jadual di bawah (Rujukan : 2000 harga tetap dalam RM million)
SEKTOR
2005
2010
Kadar Purata Peningkatan (%)
2006 – 2010
Pertanian
1,109
1,383
4.5
Penambangan
18
20
2.3
Pembuatan
8,517
10,124
3.5
Pembinaan
377
526
6.9
Perkhidmatan
6,172
8,683
7.1
Kemantapan GTP
16,243
20,812
5.1
USD Per Kapita
5,271
8,742
10.6






Secara keseluruhannya, menjelang 2011 – 2020, MIER menjangkakan perkembangan ini akan mencapai kadar purata peningkatan seimbang sekurang-kurangnya 5.5%.
Jika merujuk dari kajian dan penilaian tersebut melalui pertumbuhan penduduk sekiranya mencapai 1.2 milion menjelang 2020, Negeri Sembilan mampu menjana pendapatan sehingga USD15,000 pada tahun 2018.
Penjanaan pembangunan strategik di Negeri Sembilan berkembang begitu pesat merangkumi pelbagai sektor sepeti pelancongan, perniagaan, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan. Diikuti dengan sektor pembuatan yang menyumbang kepada 4.7% setiap tahun.
Selain daripada hampir dengan Lembah Klang dan KLIA, menjadikan Negeri Sembilan kawasan strategik untuk aktiviti pelaburan, di mana kos di Kuala Lumpur adalah tinggi.
Namun begitu, Negeri Sembilan masih mengutamakan sektor pertanian walaupun menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang sederhana, tetapi mempunyai potensi yang amat besar sebagai pengeluar makanan halal yang utama kerana hampir dengan ibu Negara Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain itu, bagi sektor herbal dan industri biotek pula boleh dikembangkan manakala penambangan pengangkutan udara menjadikan Negeri Sembilan sentiasa sibuk.
Lokasi Negeri Sembilan antara dua negeri yang pesat seperti Melaka dan Selangor memberi kelebihan kepada pertumbuhan di negeri ini.
Dengan kedudukan yang strategik dan pengstrukturan semula ekonomi di negeri ini kelak turut memberi perubahan peluang pekerjaan pada ekonomi akan datang, jika dilihat melalui kajian yang dilakukan.
Sekurang-kurangnya, sebanyak 73,400 peluang pekerjaan di buka pada tahun 2010 – 2020. Perancangan Ekonomi ini akan menjadikan Negeri Sembilan sebagai peneraju bidang bio-teknologi, pusat penyelenggaraan aircraft berteknologi tinggi dan sebagai pusat logistik pengangkutan udara koridor Nilai-KLIA.
Negeri Sembilan juga boleh membuka peluang dan bekerjasama antara negeri dalam bidang cyber-corridor untuk penyelidikan industri, penumpuan kepada teknologi maklumat serta R&D.
Di sidang media khas tersebut, Menteri Besar berharap strategi pembangunan ekonomi ini akan mencapai matlamatnya kelak dan memberi kebaikan kepada rakyat di negeri ini.
Beliau turut mengeluarkan Data Kelulusan Pembayaran Subsidi Petroleum Januari hingga Mei Tahun 2011 / 2012 dari Kerajaan Persekutuan bagi pengguna di Negeri Sembilan. Boleh di rujuk seperti di bawah,
TAHUN
KOMODITI
2011
RM
2012
RM
PERBEZAAN
RM
PERATUS
Subsidi LPG
169,159,197.16
191,625,148.20
22,465,951.04
13.28
Subsidi Petrol
273,122,253.22
531,287,550.41
258,165,297.19
94.52
Subsidi Diesel
301,657,658.64
87,222,527.16
(214,435,131.48)
-71.09
Subsidi Biodiesel
0.00
346,203,155.43
346,203,155.43
100.00
JUMLAH
743,939.109.02
1,156,338,381.20
412,399,272.18
55.43


Kadar subsidi bahan api yang diperuntukkan kerajaan bagi Negeri Sembilan meningkat sebanyak 55.43 peratus sepanjang tempoh Januari hingga Mei berbanding tempoh yang sama tahun lalu.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peningkatan kadar pembayaran subsidi itu secara jelas membuktikan bahawa kerajaan sememangnya komited dalam usaha mensejahterakan rakyat, sekali gus meringankan beban dan kos sara hidup masyarakat.


''Berpandukan data pembayaran subsidi bahan api bagi negeri ini, tahun lalu kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM743.9 juta.


''Namun bagi tahun ini sepanjang tempoh Januari hingga Mei, kerajaan telah mengagihkan hampir RM1.2 bilion untuk tempoh lima bulan sahaja, jumlah ini telah meningkat hampir 55.43 peratus," 


3 comments:

  1. Negeri sembilan mundur laa. Cuba kita tengok negeri2 lain dah ada projek mega tetapi negeri sembilan ada apa ? Ternakan kambing, lembu je ? Tempat untuk belia2 nak lepak pon tak banyak.. macam saya yang student ni.. tak kan hari2 nak pergi terminal one atau Aeon S2 yg jauh ? TOLONG LAH, TOLONG LAH MAJUKAN DAHULU SESEBUAH KAWASAN TU SETEMPAT DAHULU SEPERTI SEREMBAN A.K.A PINTU MASUK SEREMBAN.. TIADA YANG MENARIK KECUALI BANGUNAN TERBENGKALAI DAN KEDAI2 YANG KUSAM DAN BURUK..

    Senawang dah maju tetapi kalau buka mata besar2. Apa yg dimajukan ? Dkt senawang ada apa ? Ada banyak taman2 perumahan SAHAJA.. Giant dan mydin pon kecik.. cuba hari2 pergi giant or mydin tu. Apa yg ada dlm tu? TAK ADA APA.. nak tengok wayang terpaksa turun terminal one. Ramai kawan2 saya yang tak suka pergi terminal one sebab pendatang asing terlalu ramai..

    Kalau nak lepak palm mall ada apa pula ? Xde apa2 pon yg menarik di palm mall.. seremban prade pon 2x5.. semua negeri2 dah ada wawasan 2020 tetapi negeri sembilan masih di takok yang bawah..

    Alhamdulillah lah seremban ada projek mega MRT yang di bangga2 kan Dato Hj Mohammad Hassan tu tapi kalau orang KL nak dtg seremban ni nak buat apa ? Tak kan semata2 nak tengok bangunan2 yang usang?
    Lagipun apalah sangat yang nak dibanggakan oleh orang seremban setakat projek MRT tu.. bukannya gayat sangat 24jam nak melangok tengok kereta api..


    Mohon perubahan. Salam

    ReplyDelete
  2. sabah , sarawak dan kelantan pon dah ada projek mega yang lebih maju... Saya rasa negeri yang paling termundur di malaysia ialah Negeri sembilan laa. Congrats dah campai gelaran "MUNDUR" itu sendiri

    ReplyDelete
  3. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan















    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan















    ReplyDelete