Powered By Blogger

Sunday 30 October 2011

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2011


 Piala Malaysia akhirnya kembali ke Negeri Sembilan buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila kebangkitan pada 10 minit terakhir oleh anak-anak buah Mohd. Azraai Khor Abdullah berjaya membenam Terengganu 2-1 dalam pentas akhir di Stadium Shah Alam, semalam.
Di hadapan 70,000 penonton, penyerang veteran, Hairuddin Omar atau 'Hai-O' membuktikan dia membawa tuah kepada Negeri Sembilan apabila jaringannya pada minit ke-86 memastikan Terengganu pulang hampa, walaupun skuad Penyu berkelebihan satu gol menerusi Mohd Ashaari Samsudin (minit ke-59).
Jaringan kemenangan Negeri Sembilan berpunca melalui hantaran silang Shukor Adan dari sebelah kanan yang bertukar hantaran dengan Shahurain Abu Samah, Hairuddin melepaskan sepakan sepakan gunting yang cantik tepat ke penjuru kanan gawang tanpa dapat dijangkau oleh Sharbinee.
Sebelum itu, N. Sembilan menyamakan kedudukan hasil jaringan S.Kunalan (minit ke-81).
Bertambah manis, pemain yang berasal dari Setiu, Terengganu itu turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir.
Ini merupakan gol ketiga berturut-turut buat pemain berusia 32 tahun dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia.
Ia juga merupakan kejayaan kali ketiga peribadinya menjulang trofi itu, selepas juga bergelar juara ketika bersama Kelantan musim lalu dan Negeri Sembilan pada 2009.
Kejayaan semalam juga merupakan kali ketiga buat Negeri Sembilan bergelar juara Piala Malaysia.
Sebelum ini mereka memenanginya pada tahun 1948 dan dua musim lalu iaitu pada 2009.
Sementara itu, Hairuddin berkata, walaupun Negeri Sembilan ketinggalan satu gol, pemain tetap tidak berputus asa dalam memburu gol.
Menurutnya, sejak awal perlawanan lagi Negeri Sembilan sebenarnya memiliki banyak peluang gol namun agak malang ia gagal menemui penyudah.
"Ketika kedudukan terikat 1-1, saya tengok jam masih ada 15 minit lagi perlawanan.
"Jadi saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk pasukan.
" Lalu saya tekad jika ada peluang gol selepas ini, saya tidak akan mempersia-siakan.
"Akhirnya peluang gol yang saya harapkan menjelma pada minit ke-86 dan saya gembira kerana berjaya menyempurnakannya, sekali gus menjadi gol kemenangan perlawanan akhir musim ini," katanya.
Menyedari ramai yang kecewa dengan jaringan kemenangannya, Hairuddin turut memohon maaf kepada semua penyokong Terengganu yang menyaksikan perlawanan semalam juga yang berada di Terengganu.
Ini kerana jaringannya semalam mengecewakan negeri kelahirannya untuk bergelar juara.
"Saya meminta maaf kepada mereka (penyokong Terengganu). Saya faham mereka tentu kecewa dengan kekalahan ini. Saya juga harap mereka tidak membenci saya," katanya.
"Saya harap penyokong Terengganu, faham saya adalah pemain Negeri Sembilan dan komited dengan pasukan yang saya wakili," katanya.

Tuesday 25 October 2011

PROTON Serah Zakat 7.1 Juta.


Kuala Lumpur -  Sebagai melaksanakan tuntutan agama dan tanggungjawab sosialnya, PROTON Holdings Berhad telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 7.1 juta bagi Proton Edar Berhad kepada 14 buah negeri  di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru baru ini.
      Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) diwakili oleh Pengurus Besar, Ust. Nor Azmi bin Haji Musa telah menerima bayaran zakat tersebut bagi pihak Negeri Sembilan berjumlah RM 218,055. Majlis penyerahan zakat perniagaan dan sumbangan duit raya kepada pertubuhan kebajikan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan isterinya, Datin Seri Azizan Hashim.
 Pembayaran zakat  perniagaan tersebut adalah julung kalinya diterima oleh institusi zakat negeri-negeri. Semoga pembayaran zakat tersebut akan menjadikan syarikat PROTON lebih maju  dan berkembang di masa akan datang.


    

Hobin Jang Hobin.!!!..Langkah Menuju Kejuaraan...!!!

Negeri Sembilan dipuji lunas hutang





Keupayaan kerajaan negeri melunaskan hutang pihak Perbendaharaan melalui Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) ketika menyelesaikan kemelut penduduk Felda Sendayan pada 2005, amat dipuji.
Apa tidaknya, kesungguhan itu telah membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sentiasa memikirkan kaedah dan cara terbaik untuk bebas daripada beban hutang.
Pada masa sama, kerajaan negeri juga begitu peka memikirkan kesejahteraan rakyat biarpun perlu melakukan tindakan drastik yang akhirnya melegakan banyak pihak khususnya rakyat.
 Kerajaan Negeri dapat membayar hutang yang diambil melalui KWAP berjumlah RM250 juta hasil daripada perjanjian jual beli tanah antara pihak syarikat yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dengan Menteri Besar Incorporated (MBI), anak syarikat kerajaan negeri.
"Perjanjian jual beli itu telah selesai dan pihak 1MDB telah membayar 100 peratus kos pembelian itu kepada MBI," katanya di sini, baru-baru ini.
Perkembangan itu nyata menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri tidak bijak mengendalikan kewangan sehingga ada yang menuduh kerajaan bankrap.
"Kita pinjam RM250 juta dan sehingga kini telah membayar faedah untuk tempoh lima tahun sebanyak RM60 juta. Baru-baru ini, kita membuat pembayaran melalui bank draf kepada KWAP sebanyak RM262 juta termasuk kadar faedah untuk tempoh enam bulan," katanya.
Nyata keupayaan itu melegakan rakyat negeri ini apatah lagi dengan hutang yang sudah dilunaskan, ia menyaksikan perkembangan rancak pembangunan terutama di kawasan Sendayan dan Enstek.
Perjanjian jual beli tanah antara 1MDB dan MBI di Sendayan itu dilakukan untuk pembinaan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baru selepas pangkalan di Sungai Besi, Kuala Lumpur ditutup bagi pembangunan Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima).
"Perjanjian ini juga membolehkan kerajaan negeri menjelaskan hutang lain dengan pihak institusi kewangan," katanya.
Mohamad juga pernah dipetik sebagai berkata, rezab kerajaan negeri ketika ini hampir RM500 juta, malah pengurusan kewangan kerajaan negeri telah mencatat lebihan sebanyak RM74 juta pada 2009 dan RM61 juta pada tahun lalu.
Ini dibuktikan melalui laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan kecekapan pengurusan kewangan kerajaan negeri apabila Pejabat Kewangan Negeri mendapat penarafan empat bintang.

971 Peneroka Felda terima ‘Suratan Hak Milik Tanah’




Penubuhan tanah rancangan Felda telah dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dengan tujuan antaranya membangunkan ekonomi rakyat dan orang Melayu khususnya.
Tanah yang diteroka dengan titik peluh selama ini, pastinya membuahkan hasil dan segala susah payah, kerja kuat serta kesabaran terbalas apabila tanah tersebut menjadi hak milik mereka.
971 Peneroka Felda Gugusan Palong hari ini ceria apabila Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan mewakili Perdana Menteri menyampaikan sendiri ‘Suratan hak milik tanah’ kepada mereka di ‘Majlis Penyampian Hakmilik Peneroka Felda Palong 9,10,11,12 dan 13’ yang berlangsung di Perkarangan Dewan Besar Felda Palong 11.
Uniknya, di Felda gugusan Palong ini juga terdapat peneroka daripada bukan bangsa melayu yang turut berada dalam kelompok masyarakat Felda sekaligus membuktikan keharmonian kaum sentiasa berjaya diterapkan oleh Kerajaan Malaysia.
Negara luar juga kagum dengan kejayaan pihak pengurusan Felda yang berjaya melaksanakan aspirasi dan hasrat Negara dalam membantu rakyat keluar dari kemiskinan. Mereka cuba meniru program Felda ini namun tidak berjaya.
Menteri Besar mahu semua peneroka meningkatkan usaha serta azam menjaga tanah yang dimiliki sebagai harta yang bakal diwariskan kepada generasi akan datang dan jangan sesekali menggadaikan tanah ini kepada pihak lain.
Masyarakat Felda di saran meneruskan persaudaraan juga perpaduan yang terjalin selama ini, jangan pula percaya pada kata-kata parti pembangkang yang hanya mahu menghancurkan kesejahteraan warga Felda tanpa mereka sedari.
Menteri Besar menggalakkan masyarakat Felda meneruskan semua aktiviti yang memberi munafaat dan mampu mengeratkan perpaduan dikalangan mereka sambil memberitahu segala bentuk bantuan akan sentiasa cuba diberi.

Anaconda Ulu Bendul dan ‘homestay’ di Rantau tarikan baru pelancongan di N9








Melihat akan potensi lokasi Hutan Lipur Ulu Bendul itu sebagai pusat ekopelancongan, kewujudan Taman Ular Sawa di Ulu Bendul itu merupakan satu lagi aset pelancongan di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kawasan yang dipilih ini mempunyai dirian hutan yang terdiri daripada kayu jaras, pokok kecil dan pokok besar serta terdapat sungai yang mengalir sekali gus menggambarkan suasana semula jadi hutan lipur itu.
''Kita melihat kewujudan Taman Ular Sawa Ulu Bendul ini akan menjadikan lokasi ini sebagai kawasan ekopelancongan terkemuka dan popular di negeri ini yang mana orang ramai boleh datang untuk melihat sendiri spesies ular anaconda secara dekat.
''Apa yang saya dimaklumkan, taman ini mempunyai 42 ekor ular terdiri daripada 11 spesies," kata Mohamad pada lawatannya di Taman Ular Sawa Ulu Bendul di sini baru-baru ini.
Mohamad juga memberitahu, Taman Ular ini juga bakal menjadi salah satu lokasi penyelidikan bagi para saintis untuk menyelidik secara dekat mengenai keunikan reptilia berkenaan.
Tambah beliau, antara daya tarikan terbaru di taman ini ialah ular sawa batik yang mempunyai berat 90 kilogram dan panjangnya lebih enam meter.
''Malah kita juga memiliki ular jenis Green Anaconda yang mana ia telah melahirkan sebanyak 17 ekor ekor. Ular ini juga mempunyai berat lebih kurang 20 kilogram dan panjangnya hampir empat meter.
Sementara itu, di Rantau pula, kerajaan negeri sedang merancang beberapa aktiviti selepas tiga buah kampung di kawasan itu digazetkan sebagai kawasan inap desa atau homestay baru-baru ini.
Menteri Besar berkata, tiga kampung yang dipilih oleh Kementerian Pelancongan untuk dijadikan kawasan inap desa adalah Kampung Saga Ulu, Kampung Saga Tengah dan Kampung Saga Hilir dan kawasan ini dipilih berdasarkan nilai komersial selain mempunyai daya tarikan tersendiri untuk menarik lebih ramai pelancong bercuti sambilmenikmati suasana kampong.
''Kita telah mengenal pasti produk pelancongan di kawasan ini bertemakan sukan air dan antara aktiviti yang dirancang termasuklah sukan berkayak dan River Cruise di sepanjang sungai berdekatan sepanjang 3.5 kilometer," katanya.

Yayasan Negeri Sembilan berperanan bantu anak-anak Negeri dalam pendidikan


Yayasan Negeri Sembilan berperanan bantu anak-anak Negeri dalam pendidikan



Yayasan Negeri Sembilan (YNS) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1980 iaitu 31 tahun yang lalu telah melakar sejarah hari ini apabila buat julung kalinya di adakan Majlis Anugerah Cemerlang Yayasan Negeri Sembilan 2011.
Dengan objektif penubuhannya untuk membantu memberi pinjaman kepada anak kelahiran Negeri Sembilan yang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan luar Negara bagi melahirkan tenaga pakar di pelbagai sektor pekerjaan dari anak Negeri Sembilan itu sendiri.
‘Majlis Anugerah Cemerlang Yayasan Negeri Sembilan 2011′ telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Seremban yang turut disertai oleh 50 orang pelajar anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya di dalam pendidikan seterusnya menjawat jawatan penting di sektor swasta dan kerajaan.
Menteri Besar menjelaskan kewujudan YNS hakikatnya telah membantu anak-anak terus cemerlang di dalam pendidikan kerana dari pendidikan lah manusia boleh mengubah nasib mereka.
Walaupun YNS sudah memberi pinjaman sebanyak RM73 juta dan hanya 60% sahaja yang membayar semula kepada YNS, Menteri Besar tetap berasa puas hati kerana wang yang dibayar semula itu akan diberi pinjam kepada anak-anak Negeri Sembilan yang menyambung pelajaran.
Sekitar 1000 orang pelajar Negeri Sembilan menyambung pelajaran di universiti tempatan dan luar Negara setiap tahun dan YNS telah berbelanja sebanyak RM6 ke 8 juta sebagai pinjaman pelajaran.
Bagi mingimbangi keupayaan YNS, transformasi dibuat dan  Kerajaan Negeri telah membangunkan tanah sebanyak 20,000 ekar milik YNS dengan kerjasama sektor swasta yang berdaya saing bagi memajukan tanah tersebut dengan penanaman pokok kelapa sawit di mana hasilnya boleh di tuai dalam masa 5 tahun iaitu keuntungan sekitar RM15-17 juta setahun dan boleh meringankan tugas Kerajaan Negeri yang sebelum ini memberi modal pusingan kepada YNS.
“Anak-anak Negeri Sembilan kena menimba ilmu kerana kejayaan tidak mengenal sesiapa, adakah kita mahu bergantung dengan kepakaran asing dari barat selama-lamanya untuk  membangunankan Negara kita?” Ujar Menteri Besar.
”Adalah menjadi hasrat saya selaku Menteri Besar menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu seterusnya melahirkan lebih ramai anak-anak negeri memegang jawatan penting di pelbagai sektor kerana  kita mahu mengembalikan kegemilangan sewaktu masa dahulu dimana ramai anak Negeri Sembilan memegang jawatan tertinggi Negara ” akhiri Menteri Besar.
Untuk kakitangan yang sudah lama berkhidmat dengan YNS, Kerajaan Negeri bersetuju memberi bonus dua bulan setengah gaji bagi tahun 2011 ini bagi mengenang jasa mereka, juga sebagai galakan untuk mereka lebih berinovatf dalam melaksanakan tugas yang semakin mencabar serta memerlukan komitmen yang tinggi.
Seramai 50 orang anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya di dalam pendidikan hari ini dengan purata keputusan CGPA 3.50 – 3.95 Ijazah kelas pertama menerima ganjaran wang sebanyak RM5,000 sebagai dorongan dan motivasi untuk lebih berjaya lagi.

Sunday 23 October 2011

WAKAF MART UNTUK SEMUA







Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Yayasan Wakaf Malaysia ( YWM ) akan bekerjasama dengan syarikat yang dapat membekalkan harga borong kepada kedai seumpama itu yang disediakan yayasan berkenaan.
"Konsep wakaf mart yang kita bangunkan akan menjadi satu tanda mula era pembangunan hartanah wakaf yang akan memberi impak nyata kepada pembangunan sosioekonomi umat Islam di negara ini,” katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan Wakaf Mart dan pelancaran kedai koperasi (M.Shope.My) Koperasi Masjid Kariah Panchor Jaya.
"Saya ingin menyeru kepada majlis agama Islam negeri atau jabatan agama Islam yang memiliki tanah wakaf serta dana baitulmal mempercepatkan pembangunan kedai Wakaf Mart di negeri masing-masing.
"Dalam hal ini, Wakaf Mart Masjid Kariah Panchor Jaya di sini boleh dijadikan tanda aras kepada semua majlis agama Islam atau jabatan agama Islam dalam pembinaan kedai di kawasan masjid," katanya.


Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan yang turut hadir pada majlis itu berkata setakat ini enam projek pembangunan hartanah wakaf di sekitar Negeri Sembilan telah dilaksanakan.
Beliau berkata, ia adalah wakaf mart Masjid Kariah Panchor Jaya (Seremban), wakaf mart Masjid Jamek Tunku Besar (Tampin), wakaf mart Masjid Jamek Pekan Gemas, bazar wakaf rakyat di Masjid Kariah Rasah Jaya (Seremban), bazar wakaf rakyat di Masjid Felda Jelai 4 (Gemas) dan bazar wakaf rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden (Kuala Pilah).
Wakaf Mart itu yang dibangunkan YWM dengan kos lebih RM178,000 adalah antara tiga unit kedai selain 17 Bazar Wakaf Rakyat yang dibangunkan di dalam kawasan masjid terpilih di negeri ini.
Mohamad memberitahu, pembukaan Wakaf Mart itu memberi faedah besar bukan sahaja kepada umat Islam tetapi orang ramai di kawasan Panchor Jaya memandangkan ia juga memuatkan barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia

SQUAD HOBEN JANG HOBEN MELANGKAH BERGAYA KE FINAL PIALA MALAYSIA






















Negeri Sembilan berjaya mempertahankan kelebihan keputusan perlawanan separuh akhir pertama 4-2 sebelum menang 2-1.
Negeri Sembilan mampu untuk menjarakkan kelebihan gol pada minit ke-19 apabila Hairuddin Omar berjaya menjaringkan gol, namun ia tidak dikira kerana Shukor Adan dan Hairuddin sendiri berada dalam posisi ofsaid.
Skuad kendalian Yunus Aliff menjadi tertekan pada masa separuh kedua apabila pemain pertahanan T-Team, Nor Fazly Alias diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-57.
Namun, T-Team bangkit dengan jaringan Fitri Omar pada minit ke-72, sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi gol Shahurain Abu Samah tiga minit kemudian.
Negeri Sembilan lega apabila Shukor Adan menanduk masuk gol pada minit ke-84 hasil hantaran lintang pemain sayap S.Kunanlan, seterusnya memadamkan hasrat T-Team untuk mencipta sejarah mara ke final buat kali pertama.
Perlawanan akhir antara Terengganu dan Negeri Sembilan akan berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu depan.

Negeri Sembilan sebelum ini telah dua kali menjulang Piala Malaysia pada 2009 dan 1948, Terengganu pula memenangi piala berusia 90 tahun ini ketika menewaskan Perak 2-1 pada 2001.

Saturday 22 October 2011

JUDI CYBER AKAN DITANGANI SECARA SEPADU DINEGERI 9.


Perjudian Cyber Haram Di Negeri Sembilan Akan Di Tangani Secara Serius,Dimana Jawatan kuasa Khas Bersepadu SPRM,PDRM,PBT,JHEAINS Telah DiBentuk."Tiada Kompromi Jika Didapati Berjudi Atau Berada Didalam Premis Judi Kpd Org Islam,Mereka Akan DiDakwa DiBawah SEK 79A(1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 Pindaan 2004 Jika Sabit Kesalahan Yg Membawa Hukuman Denda Rm3000 Atau Penjara Atau Kedua-Duanya Sekali,Manakala Yg Bukan Islam Akan DiDakwa DiBawah Undang-Undang Civil"-Y.A.B DSU Hj Mohamad Hj Hasan-

KG BARU RAHANG PEROLEHI KEMUDAHAN DEWAN ORANG RAMAI 1.5 JUTA


- KERAJAAN NEGERI TUNAI JANJI BINA DEWAN KG BARU RAHANG

RESPON BANTUAN SEGERA JAMIN KEBAJIKAN RAKYAT.


- BENCANA RIBUT DI TAMAN CEMPAKA DAN BEKAS KUARTES JABATAN KERJA RAYA LINSUM, RANTAU

Friday 21 October 2011

PD WATER FRONT TARIKAN TERBARU DI PORT DICKSON







PORT DICKSON BAKAL MUNCUL DENGAN PRODUK PELANCONGAN BARU MELALUI PEMBANGUNAN PROJEK MEGA PD WATER FRONT DI KAWASAN SELUAS 50 EKAR YANG DIBANGUNKAN SYARIKAT TSR CORPORATION DENGAN KOS 1.8 BILLION SEBAGAI PEMBANGUNAN YANG MENEPATI IMEJ KAWASAN PANTAI PERANGINAN NEGARA TERSEBUT .

PROJEK TERSEBUT MERUPAKAN LANJUTAN DARIPADA PROJEK TAMBAKAN LAUT YANG LAMA TERBENGKALAI SETERUSNYA DIJADIKAN PROJEK INISIATIF MILIK PENUH SEBUAH SYARIKAT SWASTA TSR CORPORATION DENGAN KOS KESELURUHAN 1.8 BILION DAN PEMBANGUNAN INI TERMASUK DALAM PERANCANGAN KERAJAAN NEGERI UNTUK MENJADIKAN KAWASAN TERSEBUT SEBAGAI KAWASAN BEBAS CUKAI.

PELBAGAI KOMPONEN MENARIK MERANGKUMI KEMUDAHAN RUANG KOMERSIL SEPERTI LOT KEDAI, PASARAYA BESAR YANG TELAH MULA BEROPERASI SERTA RESTORAN YANG MAMPU  MENAMPUNG KAPASITI SEHINGGA 2000 ORANG DALAM SATU MASA KINI HAMPIR SIAP DIBINA MERANGKUMI FASA PERTAMA DAN KEUNIKAN PALING MENARIK IALAH DENGAN ADANYA LALUAN PEJALAN KAKI SEJAUH DUA KILOMETER DI SEPANJANG PANTAI.

MENTERI BESAR DATO SERI UTAMA HJ MOHAMAD HJ HASAN TURUT MEJELASKANKAN FASA KEDUA NANTI AKAN DILENGKAPI DENGAN PRASARANA PEMBANGUNAN KOLEJ,  JETI SERTA KERETA KABEL YANG MENGHUBUNGKAN TARIKAN TERBARU BERKENAAN DENGAN PULAU ARANG SELAIN ZON BEBAS CUKAI YANG DIJANGKA MENJADI TARIKAN HEBAT SERTA DAYA TARIKAN SEGAR BUAT PELANCONG DARI DALAM DAN LUAR NEGARA.

MANAKALA FASA KETIGA PULA MERANGKUMI PEMBINAAN HOTEL-HOTEL DAN DEWAN PERSIDANGAN YANG BOLEH MEMUATKAN 3000 ORANG DALAM SATU MASA PASTINYA AKAN MENJADIKAN PORT DICKSON DESTINASI RIADAH SERTA PELANCONGAN UTAMA TIDAK LAMA LAGI.
MENTERI BESAR BERKATA “KERAJAAN NEGERI AKAN BERTINDAK SEBAGAI PEMANTAU SERTA MEMBERI NASIHAT DEMI KEBAIKAN BERSAMA DAN JUGA MEMASTIKAN PROJEK YANG DIJALANKAN MESTILAH MENGIKUT SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN.’