Powered By Blogger

Wednesday 26 June 2013

Kerjasama KEMAS dan Portfolio Pembangunan Luar Bandar – MBNS




Port Dickson, 25 Jun – Pengarah KEMAS Negeri Sembilan, Puan Norizan Muda mengingatkan apabila masyarakat terlepas pandang peranan KEMAS dalam negara kerana kakitangannya merupakan tenaga pengajar, ibu bapa kepada anak-anak yang diasuh sejak usia kanak-kanak sehingga orang dewasa serta merupakan perunding kepada masyarakat negara ini.

Ujar beliau, majlis malam ini iaitu Sambutan Hari Guru, Hari Ibu dan Bapa Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sembilan di Selesa Beach Resort bagi meraikan kakitangan yang berusaha gigih serta ikhlas berkhidmat dengan masyarakat selama ini.

Selain meraikan Jabatan KEMAS bersama Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, di sini.Menurut Menteri Besar di dalam ucapan, beliau berasa terpanggil untuk mengalas tugas dan tanggungjawab itu setelah melihat perkembangan politik tanah air, di mana sokongan di kawasan luar bandar terhadap Kerajaan Barisan Nasional amat baik.

Beliau turut fokus di dalam usaha membangunkan luar bandar dan KEMAS merupakan jabatan yang hampir dengan matlamat tersebut, maka dengan itu setelah mengalas amanah ini, hasrat Kerajaan Negeri dan KEMAS akan menjadi seiring.

Selain itu, beliau mahu memastikan kerjasama pintar ini turut dibudayakan melalui sistem maklumat yang cekap, tepat dan telus kepada masyarakat kerana ketika ini, musuh utama kebenaran ialah membentuk persepsi yang buruk terhadap kerajaan.

Turut hadir, Tn Hj Tun Hairudin Abu Bakar, Ahli Majlis Kerajaan Negeri Sembilan, Tn Abdul Rahman Mohd Redza, ADUN Kawasan Linggi dan Tn Ab Khalid bin Mat, Pegawai Daerah Port Dickson.

Monday 24 June 2013

Bentuk Pembangunan Masyarakat


Senawang, 23 Jun – YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan menyatakan Kerajaan Negeri Sembilan akan sentiasa memastikan segala bentuk pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan mengikut sistem yang konprehemsif. Beliau juga mahukan pembangunan di negeri ini bersepadan dengan ciri-ciri dan kehendak masyarakat.

 Menurut beliau, ini bagi mengelak sebarang masalah-masalah semasa yang dihadapi pembeli di kawasan-kawasan yang dimajukan. YAB Menteri Besar juga berkata, pertumbuhan pembangunan yang baru di sekitar Seremban, Nilai dan kawasan berhampiran merupakan satu pendekatan bagi menampung kepesatan penduduk di masa hadapan.

“Pembangunan di N.Sembilan satu pembangunan yang konprehensif yang akan mengambil kira ciri-ciri utama dalam mencapai sebuah bandar yang selamat, mesra OKU dan lain-lain,” jelasnya.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Kenduri Kesyukuran Bersama Pemimpin-pemimpin dan Penduduk KRT Taman Kobena di Dataran Kobena, Senawang.

Turut hadir, YB Tn Mohd Ghazali Abdul Wahid, ADUN Kawasan Paroi.

Saturday 8 June 2013

MATTA Fair Negeri Sembilan 2013



Seremban, 07 Jun - Exco Perlancongan dan kepenggunaan, YB Tun Khairuddin Tun Abu Bakar telah merasmikan MATTA fair di dewan Majlis Pembandaran Seremban (MPS), Negeri Sembilan telah dipilih sebagai salah satu lokasi di dalam negara bagi penganjuran MATTA fair pada tahun ini.



"Negeri Sembilan unik dari segi nama, budaya dan adat resam serta indah dari sudut eco pelancongannya, masih banyak produk yang boleh diteroka dan dipakejkan, maka kepada agensi-agensi pelancongan, masih banyak lagi produk yang boleh diteroka dan dipakejkan , maka kepada agensi-agensi pelancong sama ada dari dalam atau luar negera untuk melawat Negeri Sembilan".

Justeru itu dengan adanya program ini di Negeri Sembilan  diharapkan dapat menyemarkan lagi minat penduduk tempatan untuk keluar melancong dan tidak secara langsung akan menyemarakan lagi industri pelancongan di negeri ini dan negara kita.


Tambah beliau/ "ianya nanti akan beri pulangan kepada ekonomi dan seterusnya memberi kesejahteraan kepada rakyat tempatan . Oleh itu peranan pelbagai pihak dalam industri ini perlulah difokuskan kepada perkembangan yang boleh menjana pendapatan kepada masyarakat setempat"

Beliau turut terima kasih kepada pihak swasta yang komited bersama-sama agensi-agensi kerajaan memajukan industri pelancongan di negeri ini.

Friday 7 June 2013

Don sinonim di DUN Bagan Pinang



SEREMBAN - Panggilan nama `Don' cukup sinonim buat calon baharu Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tun Khairuddin Abu Bakar di kawasan DUN berkenaan.
Beliau yang mesra dengan panggilan itu begitu dikenali pengundi DUN Bagan Pinang.

Bukan sekadar nama Don sahaja tetapi jasanya berkhidmat kepada penduduk setempat ketika bertugas sebagai Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).Kini beliau memegang portfolio sebagai  exco perlancongan dan kepengunaan dalam Negeri Sembilan, malahan beliau telah membuat beberapa perancangan bagi memajukan industri perlancongan supaya meningkatkan taraf ekonomi negara.

Nyata sifat mesranya itu diterima baik pengundi dan penduduk setempat menerusi perkhidmatan yang telah beliau berikan tanpa mengira bangsa dan agama.

Wednesday 5 June 2013

Pembangunan Luar Bandar Tidak Dipinggirkan


Seremban, 03 Jun – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di sidang media ringkas selepas Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2013, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh penjawat awam dan warga negeri ini di atas keyakinan memilih semula Barisan Nasional sebagai kerajaan untuk mentadbir.

Beliau yang memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar berjanji dan berikrar akan memastikan Kerajaan Negeri Sembilan memberikan perkhidmatan terbaik untuk masa lima tahun ke hadapan. Ketika ini beliau fokus tertumpu kepada pembangunan di negeri ini dalam masa yang sama tidak mahu melihat kawasan luar bandar tersisih.

Dalam perancangan pembangunan luar bandar diberi fokus pada kemudahan asas sama seperti di bandar terutamanya kepada sistem pembangunan jalan raya, sistem pengangkutan jalan darat dan dasar pencahayaan.
Malah katanya, Kerajaan Negeri akan memberi fokus dan keutamaan kepada usaha membangunkan tanah terbiar dan sawah terbiar.

Oleh disebabkan kepadatan penduduk di  bandar terutamanya bandar Seremban amat meruncing sekali kerana kebanyakan mereka berasal dari Rembau, Johol, Jempol dan Kuala Pilah sukar mendiami kampung halaman di atas sebab kemudahan asas yang tidak sempurna dan lengkap.

Apabila kawasan-kawasan ini diberi fokus dari segi pembangunan insfrastruktur asas, keadaan menjadi sebaliknya dan mereka yang bekerja di Seremban atau Kuala Lumpur tidak perlu lagi tinggal di Seremban, malah boleh menginap terus di kampung halaman mereka tanpa ada tekanan di dalam perjalanan untuk bekerja di bandar.

Menteri Besar mahu melihat kawasan luar bandar kekal dengan identiti dan tradisi desa di samping memperoleh kemudahan sama seperti di bandar.

Monday 3 June 2013

Mesyuarat Agung Kali ke-53 Koperasi Permodalan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan



Seremban, 01 Jun – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan telah menyempurnakan Mesyuarat Agung Kali Ke-53 Koperasi Permodalan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan berlangsung di Royel Bintang Seremban.

Dividen dianggarkan 10% boleh di kaji dengan bayaran sebanyak 15% kerana keuntungan diperolehi amat baik, disamping dasar pentadbiran dan pengurusan koperasi tersusun.Malah, koperasi turut dinasihatkan fokus dan terus membangunkan koperasi kerana melalui koperasi pembangunan ekonomi boleh dipertingkatkan.

Selain itu, ahli koperasi perlu lebih berdaya saing, kreatif, inovatif dan proakrif dalam menjana pembangunan koperasi seperti mana halatuju awal penubuhannya.Katanya, tak banyak koperasi yang kekal cemerlang sehingga kukuh setelah menempuh pelbagai cabaran dan rintangan.

Selaras dengan kedudukan kewangan semakin stabil, Menteri Besar turut mencadangkan agar koperasi memperluaskan bidang perniagaan seperti melibatkan diri dalam perniagaan pemborongan seperti perniagaan hardware dan runcit secara besar-besaran.

Tambah beliau lagi, ahli koperasi juga perlu menjaga perpaduan, keharmonian, dan saling bersatu padu memastikan koperasi terus cemerlang dimasa-masa akan datang.

Di majlis sama, Menteri Besar turut menyampaikan anugerah kecemerlangan akademik Dato’ Shamsudin Nain kepada saudara Mohd Tarmimi Mohd Mokhtar, guru sementara di atas kecemerlangannya dalam bidang akademik.

Pernah dianugerahkan Pingat Emas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di Universiti Utara Malaysia di atas keputusan cemerlang kelas pertama di universiti sama di dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Turut hadir, Encik Zakaria, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan, Dato’ Hj Abdullah, Pegawai Koperasi Permodalan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan.