Powered By Blogger

Wednesday 5 June 2013

Pembangunan Luar Bandar Tidak Dipinggirkan


Seremban, 03 Jun – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di sidang media ringkas selepas Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2013, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh penjawat awam dan warga negeri ini di atas keyakinan memilih semula Barisan Nasional sebagai kerajaan untuk mentadbir.

Beliau yang memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar berjanji dan berikrar akan memastikan Kerajaan Negeri Sembilan memberikan perkhidmatan terbaik untuk masa lima tahun ke hadapan. Ketika ini beliau fokus tertumpu kepada pembangunan di negeri ini dalam masa yang sama tidak mahu melihat kawasan luar bandar tersisih.

Dalam perancangan pembangunan luar bandar diberi fokus pada kemudahan asas sama seperti di bandar terutamanya kepada sistem pembangunan jalan raya, sistem pengangkutan jalan darat dan dasar pencahayaan.
Malah katanya, Kerajaan Negeri akan memberi fokus dan keutamaan kepada usaha membangunkan tanah terbiar dan sawah terbiar.

Oleh disebabkan kepadatan penduduk di  bandar terutamanya bandar Seremban amat meruncing sekali kerana kebanyakan mereka berasal dari Rembau, Johol, Jempol dan Kuala Pilah sukar mendiami kampung halaman di atas sebab kemudahan asas yang tidak sempurna dan lengkap.

Apabila kawasan-kawasan ini diberi fokus dari segi pembangunan insfrastruktur asas, keadaan menjadi sebaliknya dan mereka yang bekerja di Seremban atau Kuala Lumpur tidak perlu lagi tinggal di Seremban, malah boleh menginap terus di kampung halaman mereka tanpa ada tekanan di dalam perjalanan untuk bekerja di bandar.

Menteri Besar mahu melihat kawasan luar bandar kekal dengan identiti dan tradisi desa di samping memperoleh kemudahan sama seperti di bandar.

No comments:

Post a Comment