Powered By Blogger

Wednesday 15 May 2013

Akhbar dan Penulis




Paroi, 14 Mei – “Sejarah dunia dan ketemadunan bangsa dimulakan oleh penulis atau dikalangan bijak pandai satu ketika dahulu. Mereka menulis untuk memberi masej kepada orang ramai dalam masa yang sama hasil tulisan mereka membentuk satu bacaan yang mudah difahami.” jelas Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, ketika di tanya media di sidang media ringkas selepas menyempurnakan Pameran dan Festival Hari Guru 2013, pagi tadi.

Katanya, “menyebar kepada orang ramai dalam bentuk akhbar sehingga dapat membentuk semangat kemerdekaan dan ini berlaku di seluruh dunia termasuk negara ini.

Selaras dengan pembangunan negara di mana seluruh dunia kebanyakannya membangun hasil dari semangat penulisan yang berkobar-kobar dan seruan menyintai tanahair.

Menteri Besar dalam jawapannya lagi, “usaha yang dimainkan oleh media dan akhbar amat penting, kerana di sinilah bermulanya semangat nasionalisme kepada anak bangsa ditiupkan.

Media boleh mempengaruhi minda, malah minda boleh dibentuk seterusnya peranan media ini merupakan amanah pembentukan bangsa yang perlu dicorakkan secara baik.

Beliau turut mengulas kepada segelintir masyarakat agar tidak memandang remeh dengan peranan akhbar dan media massa kerana ianya boleh membentuk permuafakatan dan perpaduan rakyat dalam pembentukan sebuah negara  bangsa.

Tambah beliau di dalam jawapan kepada wartawan sebentar tadi, apa yang penting akhbar dan media massa perlu berada dilandasan utama dalam menyampaikan maklumat dan jambatan yang menghubungkan rakyat dengan kerajaan begitu juga sebaliknya.

Namun, terpulang kepada rakyat melihat sejauh mana persepsi akhbar ini timbul. Dalam senario akhbar dan media massa tanpa sempadan ini, sudah terbit pelbagai akhbar yang mempunyai peranan pelbagai.

Akhirnya, di dalam penerbitan akhbar dan media massa itu, berbalik kepada peranan dan tanggungjawabnya kepada kefahaman umum. Kebanyakan mereka yakin dengan pengaruh akhbar dan media tersebut.

Monday 13 May 2013

PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN DAN MENGANGKAT SUMPAH

DULI YANG MAHA MULIA TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
BERKENAN MENYEMPURNAKAN ISTIADAT
PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN DAN MENGANGKAT SUMPAH
KEPADA Y.A.B MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS DATO’ SERI UTAMA HJ MOHAMAD BIN HJ HASAN