Powered By Blogger

Thursday 12 July 2012

Port Dickson kini bukan sekadar pusat pelancongan


TELOK KEMANG  - Pembangunan berteraskan pelancongan dirancakkan di Port Dickson bagi mengekalkan ia sebagai pilihan terbaik percutian keluarga.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selain menjadikan ia sebagai lokasi percutian, pusat pelancongan dan bandar Tentera Darat ini juga akan menjadi destinasi seminar, persidangan mahupun konvensyen yang besar.


''Kerajaan mahu meningkatkan peranan kawasan Port Dickson ini yang bukan sahaja terkenal dengan destinasi percutian terbaik keluarga tetapi juga menjadikan ia sebagai bandar konvensyen bertaraf antarabangsa," katanya di sini baru-baru ini.

Untuk itu, katanya, pelbagai projek melibatkan pembangunan swasta telah dimajukan di pantai peranginan ini termasuklah perluasan kawasan di Waterfront City, Port Dickson.


''Projek pelancongan Waterfront City itu baru memasuki fasa pertama dan menuju ke fasa kedua serta ketiga. Banyak kemudahan awam seperti dewan konvensyen yang besar bagi kegunaan orang ramai untuk bersidang akan diwujudkan," 


Katanya, di sini juga sedang dibangunkan sebuah projek hotel bertaraf antarabangsa, The Hibiscus Port Dickson, sebuah chalet atas air dengan reka bentuk bunga raya.


''Apabila siap kelak, kawasan terbabit adalah laluan pesawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), maka kita akan dapat menyaksikan bentuk bunga raya dari atas pesawat. Amat cantik sekali.

''Jika di Dubai, UAE ia seperti The Palm Jumeirah Hotels, iaitu chaletnya dibina di atas laut dengan reka bentuk pokok palma," 



Katanya lagi, apabila Waterfront City ini siap sepenuhnya kelak, kerajaan merancang untuk mengadakan kemudahan kereta kabel dari kawasan darat ke sebuah pulau kecil berdekatan, di situ nanti akan ada restoran serta tarikan pelancongan baru.


''Dahulu melalui pelan pembangunannya, ia telah dibuat bercampur-campur iaitu industri pelancongan itu dilibatkan kawasan Tanah Merah dekat Sepang. Saya mahu pembangunan sektor pelancongan hendaklah berlaku di kawasan pantai peranginan Port Dickson ini sahaja," tegasnya.


Sebab itulah kata Mohamad, semakin banyak sektor swasta membuat pelaburan dalam sektor perkhidmatan dan perhotelan di Port Dickson ini, serta ada yang mendirikan pusat latihan dan pembangunan modal insan mereka.


''Pembinaan rumah di Port Dickson ini juga akan dikawal kerana kini sudah ada permintaan yang baik bagi tujuan penempatan," ujarnya.

Wednesday 4 July 2012

Pembangunan Negeri Sembilan Terus Cemerlang





SEREMBAN, 03 Julai – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar, hari ini mendengar pembentangan Pelan Pembangunan Strategik Negeri Sembilan oleh Dr. Zakariah Abdul Rashid, Pengarah Eksekutif MIER di Wisma Negeri, petang tadi.
Pembentangan itu berkaitan strategi pembangunan yang dicadangkan berdasarkan kajian yang dilakukan, dan Menteri Besar berpuas hati dengan pencapaian kemajuan pembangunan ekonomi Negeri Sembilan 2006 – 2012.
The Malaysian Institute of Economic Research (MIER), juru runding yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Sembilan, telah membuat kajian berkaitan pelan pembangunan strategik Negeri Sembilan dan mendapati perkembangan ekonomi Negeri Sembilan meningkat sejak tahun kebelakangan ini dan ianya satu pencapaian baik untuk negeri ini.
Berbanding dengan GDP Negara iaitu 3.8%, Negeri Sembilan telah mencapai pertumbuhan purata GDP sebanyak 5.0%  diantara 2005 – 2009 di mana ianya meliputi sektor pertanian, pembinaan dan perkhidmatan.
Kemajuan Pencapaian Pembangunan GDP boleh dirujuk seperti jadual di bawah (Rujukan : 2000 harga tetap dalam RM million)
SEKTOR
2005
2010
Kadar Purata Peningkatan (%)
2006 – 2010
Pertanian
1,109
1,383
4.5
Penambangan
18
20
2.3
Pembuatan
8,517
10,124
3.5
Pembinaan
377
526
6.9
Perkhidmatan
6,172
8,683
7.1
Kemantapan GTP
16,243
20,812
5.1
USD Per Kapita
5,271
8,742
10.6






Secara keseluruhannya, menjelang 2011 – 2020, MIER menjangkakan perkembangan ini akan mencapai kadar purata peningkatan seimbang sekurang-kurangnya 5.5%.
Jika merujuk dari kajian dan penilaian tersebut melalui pertumbuhan penduduk sekiranya mencapai 1.2 milion menjelang 2020, Negeri Sembilan mampu menjana pendapatan sehingga USD15,000 pada tahun 2018.
Penjanaan pembangunan strategik di Negeri Sembilan berkembang begitu pesat merangkumi pelbagai sektor sepeti pelancongan, perniagaan, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan. Diikuti dengan sektor pembuatan yang menyumbang kepada 4.7% setiap tahun.
Selain daripada hampir dengan Lembah Klang dan KLIA, menjadikan Negeri Sembilan kawasan strategik untuk aktiviti pelaburan, di mana kos di Kuala Lumpur adalah tinggi.
Namun begitu, Negeri Sembilan masih mengutamakan sektor pertanian walaupun menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang sederhana, tetapi mempunyai potensi yang amat besar sebagai pengeluar makanan halal yang utama kerana hampir dengan ibu Negara Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain itu, bagi sektor herbal dan industri biotek pula boleh dikembangkan manakala penambangan pengangkutan udara menjadikan Negeri Sembilan sentiasa sibuk.
Lokasi Negeri Sembilan antara dua negeri yang pesat seperti Melaka dan Selangor memberi kelebihan kepada pertumbuhan di negeri ini.
Dengan kedudukan yang strategik dan pengstrukturan semula ekonomi di negeri ini kelak turut memberi perubahan peluang pekerjaan pada ekonomi akan datang, jika dilihat melalui kajian yang dilakukan.
Sekurang-kurangnya, sebanyak 73,400 peluang pekerjaan di buka pada tahun 2010 – 2020. Perancangan Ekonomi ini akan menjadikan Negeri Sembilan sebagai peneraju bidang bio-teknologi, pusat penyelenggaraan aircraft berteknologi tinggi dan sebagai pusat logistik pengangkutan udara koridor Nilai-KLIA.
Negeri Sembilan juga boleh membuka peluang dan bekerjasama antara negeri dalam bidang cyber-corridor untuk penyelidikan industri, penumpuan kepada teknologi maklumat serta R&D.
Di sidang media khas tersebut, Menteri Besar berharap strategi pembangunan ekonomi ini akan mencapai matlamatnya kelak dan memberi kebaikan kepada rakyat di negeri ini.
Beliau turut mengeluarkan Data Kelulusan Pembayaran Subsidi Petroleum Januari hingga Mei Tahun 2011 / 2012 dari Kerajaan Persekutuan bagi pengguna di Negeri Sembilan. Boleh di rujuk seperti di bawah,
TAHUN
KOMODITI
2011
RM
2012
RM
PERBEZAAN
RM
PERATUS
Subsidi LPG
169,159,197.16
191,625,148.20
22,465,951.04
13.28
Subsidi Petrol
273,122,253.22
531,287,550.41
258,165,297.19
94.52
Subsidi Diesel
301,657,658.64
87,222,527.16
(214,435,131.48)
-71.09
Subsidi Biodiesel
0.00
346,203,155.43
346,203,155.43
100.00
JUMLAH
743,939.109.02
1,156,338,381.20
412,399,272.18
55.43


Kadar subsidi bahan api yang diperuntukkan kerajaan bagi Negeri Sembilan meningkat sebanyak 55.43 peratus sepanjang tempoh Januari hingga Mei berbanding tempoh yang sama tahun lalu.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peningkatan kadar pembayaran subsidi itu secara jelas membuktikan bahawa kerajaan sememangnya komited dalam usaha mensejahterakan rakyat, sekali gus meringankan beban dan kos sara hidup masyarakat.


''Berpandukan data pembayaran subsidi bahan api bagi negeri ini, tahun lalu kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM743.9 juta.


''Namun bagi tahun ini sepanjang tempoh Januari hingga Mei, kerajaan telah mengagihkan hampir RM1.2 bilion untuk tempoh lima bulan sahaja, jumlah ini telah meningkat hampir 55.43 peratus,"