Powered By Blogger

Thursday 12 July 2012

Port Dickson kini bukan sekadar pusat pelancongan


TELOK KEMANG  - Pembangunan berteraskan pelancongan dirancakkan di Port Dickson bagi mengekalkan ia sebagai pilihan terbaik percutian keluarga.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selain menjadikan ia sebagai lokasi percutian, pusat pelancongan dan bandar Tentera Darat ini juga akan menjadi destinasi seminar, persidangan mahupun konvensyen yang besar.


''Kerajaan mahu meningkatkan peranan kawasan Port Dickson ini yang bukan sahaja terkenal dengan destinasi percutian terbaik keluarga tetapi juga menjadikan ia sebagai bandar konvensyen bertaraf antarabangsa," katanya di sini baru-baru ini.

Untuk itu, katanya, pelbagai projek melibatkan pembangunan swasta telah dimajukan di pantai peranginan ini termasuklah perluasan kawasan di Waterfront City, Port Dickson.


''Projek pelancongan Waterfront City itu baru memasuki fasa pertama dan menuju ke fasa kedua serta ketiga. Banyak kemudahan awam seperti dewan konvensyen yang besar bagi kegunaan orang ramai untuk bersidang akan diwujudkan," 


Katanya, di sini juga sedang dibangunkan sebuah projek hotel bertaraf antarabangsa, The Hibiscus Port Dickson, sebuah chalet atas air dengan reka bentuk bunga raya.


''Apabila siap kelak, kawasan terbabit adalah laluan pesawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), maka kita akan dapat menyaksikan bentuk bunga raya dari atas pesawat. Amat cantik sekali.

''Jika di Dubai, UAE ia seperti The Palm Jumeirah Hotels, iaitu chaletnya dibina di atas laut dengan reka bentuk pokok palma," 



Katanya lagi, apabila Waterfront City ini siap sepenuhnya kelak, kerajaan merancang untuk mengadakan kemudahan kereta kabel dari kawasan darat ke sebuah pulau kecil berdekatan, di situ nanti akan ada restoran serta tarikan pelancongan baru.


''Dahulu melalui pelan pembangunannya, ia telah dibuat bercampur-campur iaitu industri pelancongan itu dilibatkan kawasan Tanah Merah dekat Sepang. Saya mahu pembangunan sektor pelancongan hendaklah berlaku di kawasan pantai peranginan Port Dickson ini sahaja," tegasnya.


Sebab itulah kata Mohamad, semakin banyak sektor swasta membuat pelaburan dalam sektor perkhidmatan dan perhotelan di Port Dickson ini, serta ada yang mendirikan pusat latihan dan pembangunan modal insan mereka.


''Pembinaan rumah di Port Dickson ini juga akan dikawal kerana kini sudah ada permintaan yang baik bagi tujuan penempatan," ujarnya.

2 comments:

  1. Salam Tuan... Disini kami memohon masukkan link blog Warigh Nogori ke dalam senarai blog list Tuan dan untuk pengetahuan Tuan, blog hebat tuan telah pun kami senaraikan ke dalam blog list kami... Demi perjuangan, diharap Tuan dapat berikan kerjasama... TQVM.

    Url blog kami: http://warighn9.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Memang port dickson dah ada mcdonald sekarang.. tapi kalau nak dibandingkan negeri lain. Negeri lain dah awal2 ada McD.. jauhnya ketinggalan N9..pizza , dominos, starbuck, semua tu dah ada ke ? Kalau kawasan pantai di melaka rasanya dah ada ..

    ReplyDelete