Powered By Blogger

Sunday 14 August 2011


YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad
Bin Haji Hasan

Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Mei 1956. Bersekolah di Rantau dan Sekolah Menengah Tengku Durah, Seremban, melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1977. Memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, beliau kemudiannya berpindah tugas ke beberapa buah bank tempatan termasuk Pengurus Bank Bumiputera London. Jawatan terakhirnya di sektor swasta ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage (1994-2004)
Memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Dato’ Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Ketua UMNO Bahagian Rembau, beliau juga adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.
Tarikh Lahir :• 2 Mei 1956
Tempat Lahir :• Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan
Pendidikan :• Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau (1963-1969)
• Sekolah Menengah Rantau (1970-1974)
• Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah, Seremban (1975-1976)
• Universiti Malaya (1977-1979)
Isteri :• Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin
Anak :• Amri, Amira, Azrin, Alia, Aiza
Pengalaman :• 1979-1992
• Pelatih Bank Negara
• Malayan Banking Berhad
• Public Bank Berhad
• Arab Malaysian Merchant Bank
•Pengurus Besar Bank Bumiputera (London)
• 1992-1994
• Ketua Pegawai Eksekutif Cold Storage (M) Berhad
• 1994-Mac 2004
• Pengarah Urusan Cycle & Carriage Bintang Berhad
Jawatan :• Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus (bermula 25 March 2004)
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan dan Perindustrian
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keselamatan dan Penerangan
D.U.N :• Rantau
Politik :• Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
• Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan
• Ketua UMNO Bahagian Rembau
• Ketua UMNO Cawangan Rantau