Powered By Blogger

Thursday 4 April 2013

RISDA Bantu Pekebun Kecil



Siliau, 14 Mac –  Pekebun kecil seluruh Negeri Sembilan di bawah penyeliaan RISDA berkumpul di dalam Majlis Pelancaran Kempen Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks  Peringkat Negeri Sembilan 2013 di Kampung Siliau, Rantau pagi tadi dan disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.

Program “Kasihi Pekebun Kecil” yang diperkenalkan oleh RISDA menjurus kepada bantuan dan pertolongan kepada pekebun kecil yang memiliki keluasan tanah kurang dari empat ekar.

Seterusnya dapat mempertingkatkan pendapatan bulanan dari RM2,500 kepada RM4,000 sebulan dan ini membuktikan dimana kerajaan tidak pernah meminggirkan pekebun kecil di luar bandar, ujur Menteri Besar.

“Seramai 44,000  orang pekebun kecil terlibat yang melibatkan keluasan tanah sebanyak 112,000 hektar tanah iaitu kira-kira 17% keluasan di negeri ini.” tambah beliau.

RISDA telah menyumbangkan bahan rangsangan Lateks kepada pekebun-pekebun kecil di negeri ini agar produktiviti dan pengeluaran sumber getah turut meningkat.

Malah dengan menggunakan bahan ini, getah yang ditoreh itu lambat membeku,disamping itu dapat mengeluarkan hasil lebih banyak dan pokok tidak akan rosak.

Ujar beliau lagi, “dengan cara mempelbagaikan hasil pengeluaran dan menggunakan teknologi terkini akan dapat meningkat hasil pendapatan pekebun kecil luar bandar.
  
Beliau menjelaskan RM40 juta telah diperuntukan oleh RISDA untuk Rancangan Pembangunan Pekebun Kecil di di seluruh negara di dalam mempastikan kerja pertanian di naik taraf dan pendapatan pekebun kecil dipertingkatkan..

Di dalam hasil kajian yang diberitahu, juga menunjukkan bahawa bahan rangsangan yang digunakan ini mampu menambahkan hasil pendapatan di antara 47 – 50%.

Majlis turut dihadiri oleh  Encik Zahari Md Amin, wakil Ketua Pengarah RISDA Makaysia dan Encik Zainun Harun, Pengarah RISDA Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment