Powered By Blogger

Friday 5 April 2013

Kerjasama NGO dalam meningkatkan taraf pendidikan



Seremban, 22 Mac - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan menyarankan supaya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini menekankan aspek kepentingan pendidikan kata beliau di Majlis Ramah Mesra Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan bersama NGO di Hotel Royal Bintang, Seremban.

Ujar beliau, Negeri Sembilan telah mengekalkan kedudukan di kelompok lima teratas di peringkat kebangsaan iaitu di tangga tiga selepas dua buah sekolah di Wilayah Persekutuan bedasarkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012.

“Kerajaan Negeri Sembilan telah menitik beratkan dasar pelajar dalam salah satu daripada agenda utama, selain memberi perhatian kepada perkembangan pembangunan.”

“Saya yakin, melalui dasar ini pasti akan membuahkan hasil yang membuatkan Negeri Sembilan menjadi sebuah negeri yang berjaya dan dihormati oleh  negeri – negeri lain,” katanya.
­­­
“Saya mahu NGO bersama – sama menjayakannya, jika tuan – tuan melihat atau memperoleh sebarang maklumat mengenai individu yang masih hidup menderita sila maklumkan kepada jabatan yang bertanggungjawab.

“Kita tidak mahu, terdapat rakyat di negeri ini, hidup terus menderita tanpa mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan. Bantuan itu juga semakin meningkat berbanding pada awal diperkenalkan pada tahun 2004,” katanya.

No comments:

Post a Comment