Powered By Blogger

Monday 1 April 2013

RM19.7 juta Bantuan Awal Pendidikan NS




Mambau, 23 Jan – Dalam belanjawan 2013 lalu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meluluskan peruntukan RM540 juta pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 sehingga ke tingkatan 5 tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar.

Hari ini bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyampaikan kepada 1292 orang pelajar SMK Mambau daripada 831 keluarga. Manakala seramai 560 orang pelajar daripada 350 keluarga dari SRK Mambau.

Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Puan Hjh Kalsom bin Khalid, “di Negeri Sembilan, bantuan yang diterima hampir RM19.7 juta.”

Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar di dalam ucapannya pula berkata, bantuan dari belanjawan 2013 untuk rakyat ini sahaja menelan perbelanjaan hampir RM8 bilion banyaknya.

Apabila Perdana Menteri mendapati, kerajaan mampu menghulurkan bantuan ini sekali lagi, maka pada tahun ini ianya diteruskan.

“Inilah keprihatinan pemimpin utama yang memikirkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Oleh itu marilah kita sama-sama bersyukur..” ujar beliau.

Ibu bapa dinasihatkan agar ambil tahu pendidikan anak-anak di sekolah kerana hanya dengan pendidikan sahaja menjamin masa depan generasi ini.
Beliau turut menafikan pihak yang menyatakan bantuan khas dari kerajaan ini berbentuk rasuah. Bantuan seumpama ini jarang ada di negara luar dan mungkin tidak ada.

“Kita perlu bersyukur, sebelum ini kerajaan membantu dari segi bantuan kepada barangan keperluan, seperti petrol, gula, minyak, gas dan sebagainya. Tetapi kebanyakan daripada kita, tidak merasainya.”

“Apabila di beri bantuan khas seumpama ini, kita dapat melihat rakyat sedar bahawa kerajaan prihatin ke atas rakyat. ” tambah beliau lagi.

Menteri Besar turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar PMR 2012 yang mendapat keputusan cemerlang.

Turut hadir, Puan Hajah Kalsom Mohd Khalid, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment