Powered By Blogger

Monday 22 April 2013

Al-Quran ilmu panduan hidup




Seremban, 20 Apr – Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sembilan kali ke 56 di sempurnakan oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

Di dalam titah baginda, baginda menyeru umat Islam agar sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

Titah baginda, mendekatkan diri dengan bacaan al-Quran itu menjadikan umat Islam sentiasa berada dekat dengan Allah SWT, bagi menghadapi dunia yang penuh mencabar dan masyarakat terdedah dengan globalisasi tanpa sempadan.

Manakala, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Pengerusi Majlis Agama Islam (MAINS) pula merafak sembah di atas kesudian hadir DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di majlis seumpama ini.

Menurut beliau di dalam ucapan, majlis ilmu seumpama ini memberi kesan dan manfaat yang baik kepada si pembaca.

Katanya, al-Quran bukan sekadar panduan di dalam pelbagai aspek, malah al-Quran turut memberi kesedaran kepada keagungan syiar Islam.

Majlis yang dianjurkan setiap tahun ini turut melahirkan lebih ramai generasi muda mencintai al-Quran.

Budaya sosial yang melanda generasi muda, di samping golongan berusia menuding jari kepada generasi muda bukan satu keputusan yang tepat, maka dengan pendekatan mendampingi al-Quran maka budaya salah menyalahi tersebut terhindar dengan sendirinya.

Oleh yang demikian, panduan dan ilmu bagi umat Islam ialah al-Quran.
Turut hadir, Tunku Besar Tampin, Undang Yang Empat, Dato’ Mat Ali Hj Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato’ Hj Mohd Yusof Ahmad dan Dato’ Johani Hassan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment