Powered By Blogger

Friday 2 August 2013

Negeri Sembilan dipilih Messier-Buggati-Dowty, Perancis


Sendayan, 29 Julai – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan mengiringi Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc-Ayrault melawat dan meninjau tapak kilang Messier-Buggati-Dowty’s (Safran) yang dalam proses pembinaan dan dijangka siap hujung tahun ini dan mula beroperasi pada tahun 2014.

Dalam lawatan hampir sejam itu, Perdana Menteri Perancis berpuas hati dengan perkembangan kilang tersebut dan berpendapat kerjasama baik antara kerajaan Malaysia dan Perancis sangat terancang dan tersusun dan menjangkakan operasinya dalam negara ini berjalan dengan lancar.

Menteri Besar  mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kerana hasil dari pemilihan pihak Messier-Buggati-Dowty’s (Safran) dalam negara Asian, akhirnya memilih Sendayan, Negeri Sembilan, Malaysia sebagai lokasi strategik  penghasilan pengubahsuaian karbon dan kemudahan pembuatan, untuk melengkapkan pusat karbon yang sedia ada di Perancis.

Tambah belaiu, mereka memilih Malaysia disebabkan oleh keamanan, politik dan ekonomi stabil, dinamik serta mempunyai potensi yang amat besar dan luas di dalam permintaan dalam negara-negara Asian.

Messier- Buggati-Dowty juga antara pelopor dan industri awal bakal beroperasi di Sendayan Techvalley selain kilang Coca-Cola, kilang air-bag dari Japan dan bakal beroperasi syarikat makanan dari Amerika Syarikat yang masih dalam proses mendapatkan kelulusan.

Antara produk yang dihasilkan oleh Messier-Buggati-Dowty’s (MBD) (Safran) ialah seperti berikut :

Aerospace

enjin jet untuk pesawat komersil, helikopter enjin turbin, gear pendaratan, roda dan brek karbon, sistem pesawat elektronik, pembekalan kuasa, kriogenik SND kuasa pepejal dan enjin pesawat tentera.

Pertahanan

Sistem pengawalan penerbangan helikopter, enjin FADEC mengawal unit

Keselamatan

Dokumen pengenalan biometrik, sistem automatik cap jari pengenalan (AFIS), pengesanan bahan letupan untuk bagasi, teknologi multibiometric dan kad pintar.

MBD Safran di Sendayan, Negeri Sembilan, Malaysia akan menghasilkan produk brek karbon bagi kapalterbang Boeing 737, Airbus A320 / A32neo program lorong tunggal.

Turut hadir, Tunku Zain al-Abidin ibni Tuanku Muhriz,Pengurus Besar Messier-Buggati-Dowty’s, Encik Vincent Mascre di Sendayan Techvalley, Bandar Sri Sendayan.

No comments:

Post a Comment