Powered By Blogger

Monday 3 June 2013

Mesyuarat Agung Kali ke-53 Koperasi Permodalan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan



Seremban, 01 Jun – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan telah menyempurnakan Mesyuarat Agung Kali Ke-53 Koperasi Permodalan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan berlangsung di Royel Bintang Seremban.

Dividen dianggarkan 10% boleh di kaji dengan bayaran sebanyak 15% kerana keuntungan diperolehi amat baik, disamping dasar pentadbiran dan pengurusan koperasi tersusun.Malah, koperasi turut dinasihatkan fokus dan terus membangunkan koperasi kerana melalui koperasi pembangunan ekonomi boleh dipertingkatkan.

Selain itu, ahli koperasi perlu lebih berdaya saing, kreatif, inovatif dan proakrif dalam menjana pembangunan koperasi seperti mana halatuju awal penubuhannya.Katanya, tak banyak koperasi yang kekal cemerlang sehingga kukuh setelah menempuh pelbagai cabaran dan rintangan.

Selaras dengan kedudukan kewangan semakin stabil, Menteri Besar turut mencadangkan agar koperasi memperluaskan bidang perniagaan seperti melibatkan diri dalam perniagaan pemborongan seperti perniagaan hardware dan runcit secara besar-besaran.

Tambah beliau lagi, ahli koperasi juga perlu menjaga perpaduan, keharmonian, dan saling bersatu padu memastikan koperasi terus cemerlang dimasa-masa akan datang.

Di majlis sama, Menteri Besar turut menyampaikan anugerah kecemerlangan akademik Dato’ Shamsudin Nain kepada saudara Mohd Tarmimi Mohd Mokhtar, guru sementara di atas kecemerlangannya dalam bidang akademik.

Pernah dianugerahkan Pingat Emas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di Universiti Utara Malaysia di atas keputusan cemerlang kelas pertama di universiti sama di dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Turut hadir, Encik Zakaria, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan, Dato’ Hj Abdullah, Pegawai Koperasi Permodalan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment