Powered By Blogger

Wednesday 26 June 2013

Kerjasama KEMAS dan Portfolio Pembangunan Luar Bandar – MBNS




Port Dickson, 25 Jun – Pengarah KEMAS Negeri Sembilan, Puan Norizan Muda mengingatkan apabila masyarakat terlepas pandang peranan KEMAS dalam negara kerana kakitangannya merupakan tenaga pengajar, ibu bapa kepada anak-anak yang diasuh sejak usia kanak-kanak sehingga orang dewasa serta merupakan perunding kepada masyarakat negara ini.

Ujar beliau, majlis malam ini iaitu Sambutan Hari Guru, Hari Ibu dan Bapa Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sembilan di Selesa Beach Resort bagi meraikan kakitangan yang berusaha gigih serta ikhlas berkhidmat dengan masyarakat selama ini.

Selain meraikan Jabatan KEMAS bersama Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, di sini.Menurut Menteri Besar di dalam ucapan, beliau berasa terpanggil untuk mengalas tugas dan tanggungjawab itu setelah melihat perkembangan politik tanah air, di mana sokongan di kawasan luar bandar terhadap Kerajaan Barisan Nasional amat baik.

Beliau turut fokus di dalam usaha membangunkan luar bandar dan KEMAS merupakan jabatan yang hampir dengan matlamat tersebut, maka dengan itu setelah mengalas amanah ini, hasrat Kerajaan Negeri dan KEMAS akan menjadi seiring.

Selain itu, beliau mahu memastikan kerjasama pintar ini turut dibudayakan melalui sistem maklumat yang cekap, tepat dan telus kepada masyarakat kerana ketika ini, musuh utama kebenaran ialah membentuk persepsi yang buruk terhadap kerajaan.

Turut hadir, Tn Hj Tun Hairudin Abu Bakar, Ahli Majlis Kerajaan Negeri Sembilan, Tn Abdul Rahman Mohd Redza, ADUN Kawasan Linggi dan Tn Ab Khalid bin Mat, Pegawai Daerah Port Dickson.

No comments:

Post a Comment