Powered By Blogger

Sunday 7 April 2013

PZNS terus kukuh




Seremban, 01 Apr. – Kadar pertumbuhan ekonomi 5.4% pada tahun 2012 merupakan peningkatan luar jangka dan memungkinkan kebanyakan agensi dan konglemerat mampu membayar zakat yang tinggi.

Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan menerima wang zakat perniagaan dari kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), yang diserahkan sendiri oleh Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Presiden juga Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, pagi tadi.

Di sidang media ringkas, “tanpa pengurusan yang bijak dan teratur ianya bukan mudah untuk menguruskan sebuah konglemerat yang kukuh, disamping sumber wang yang baik”. Katanya

Sambung beliau, “PZNS, unit yang mengumpulkan dana zakat manakala Baitulmal pula, badan yang ditugaskan untuk mengagihkan zakat kepada asnaf yang lapan dan ianya akan di buat setelus yang mungkin sama seperti sebelum ini.

Beliau turut berdoa agar pengurusan kumpulan PNB akan berusaha dengan lebih gigih lagi di dalam suasana dan keadaan negara yang aman dan ekonomi yang kukuh berbanding negara Eropah yang berhadapan dengan krisis ekonomi yang tidak menentu.

Sejak beliau mengambil alih MAINS sejak 2004, hasil kutipan zakat meningkat dari tahun ke tahun. Pada 2012, hasil kutipan diperolehi sebanyak RM66 juta, dan Baitulmal badan yang dipertanggungjawab menguruskannya juga telah menjalankan pengagihan dengan sebaik mungkin.

Pencapaian lain, 2012, MAINS turut mendapat penarafan empat bintang dari Ketua Audit Negara dalam bidang Indeks Akauntabiliti, di mana ia satu-satunya Majlis Agama Islam dalam negara diiktiraf.a

No comments:

Post a Comment