Powered By Blogger

Thursday 4 April 2013

‘Iqra’ meningkat kecemerlangan ilmu



Paroi, 15 Mac – Karnival Sains Islam Negeri Sembilan 2013/1434 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, disempurnakan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, sebentar tadi.

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berlangsung selama tiga hari telah menganjurkan Majlis bertemakan Alam Semesta Untuk Pendidikan.

Sepanjang tiga hari  pelbagai program dan pameran untuk memberi kesempatan kepada para pengunjung melihat lebih dekat teknologi dan alatan sains yang dicipta dulu bagi menerokai alam semesta.

Menteri Besar berkata, “Jika dulu, umat Islam di kota Damsyik dan Kota Baghdad amat cemerlang. Beberapa ilmuan lahir di zaman tersebut antaranya Al-Khawarismi, Al-Batutta, Ibnu Sina dan banyak lagi.”

Malah, bersandarkan kepada sura Iqra, banyak ilmu yang terkandung di dalamnya merangkumi pelbagai bidang ilmu terutamanya teknologi dan sains dan di dalam Islam pelbagai ilmu boleh diterokai bukan sekadar fardu yang wajib dilaksanakan tetapi ianya merangkumi ilmu yang terkandung di dalam al-Quran.

Ilmuan tersebut dijadikan sumber rujukan dan penyelidikan orang Eropah yang ketika itu melalui zaman gelap akibat masalah pentadbiran di antara satu sama lain.” katanya.
Mereka kemudiannya mempelajari ilmu  trersebut dan di bawa pulang ke tanahair, lalu mereka tafsirkan kepada bahasa negara mereka.

Harapan Menteri Besar, MAINS memperluaskan aktiviti dan program seumpama ini bersama agensi lain kerana ilmu yang terkandung di dalam al-Quran bukan akhirat semata-mata, tetapi merangkumi kecemerlangan ilmu di dunia.

Tambah beliau lagi, “Kita semua merupakan Qhairun Ummah dan ciri serta asas kebahagian datangnya dari insan berilmu. Kita akan terus mengfokuskan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu.

Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato’ Hj Mohd Yusof Ahmad, Encik Kamal Amran, Setiausaha MAINS, Dato’ Mat Ali Hj Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan Pengarah Jabatan-Jabatan di Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment