Powered By Blogger

Monday 8 April 2013

‘Menepati Janji Membawa Harapan’




KUALA LUMPUR, 6 April – Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Manifesto bertemakan ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ di Stadium Putra Bukit Jalil.

Di bawah jenama Janji Ditepati yang kini cukup sinonim dengan BN dan semakin diyakini rakyat, aku janji itu pastinya akan dibuktikan BN boleh dilaksanakan sekiranya parti itu diberi mandat sebagai kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam pelancaran tersebut beliau menerangkan seluruh elemen yang diperlukan untuk memacu Malaysia sebagai sebuah negara sejahtera dan berpendapatan tinggi.Perdana Menteri menyifatkannya sebagai janji yang mampu ditunaikan dan beliau mahu rakyat menilai prestasi kerajaan BN kerana berjaya menunaikan janji melalui agenda transformasi yang dibawa oleh beliau sejak empat tahun lalu.

Malah, tidak mustahil lebih banyak feadah dikongsi dengan rakyat sekiranya kerajaan mendapat kemenangan lebih besar kerana tidak lagi perlu berdepan kerenah pembangkang yang sering kali menyukarkan usaha kerajaan berbakti kepada rakyat seperti dilakukan mereka ketika ini.

Hakikat yang perlu diberi perhatian dan sering diulang-ulang banyak pihak, pilihan raya umum akan datang bukan lagi medan untuk rakyat bereksperimen.

Rakyat sudah melihat natijahnya dalam pilihan raya umum lalu apabila tampuk pemerintahan negara diserahkan kepada pihak tidak berkemampuan dan tidak mempunyai pengalaman.Nasib mereka bukan sahaja tidak terbela tetapi dibebankan pula dengan pelbagai permasalahan lain.

Dengan janji dalam manifesto pembangkang yang dibentangkan baru-baru ini, tiada jaminan perkara itu tidak akan berulang.Bertitik-tolak daripada kebolehpercayaan itulah, rakyat kini perlu bijak membuat pilihan.Tinggal lagi mereka perlu memperhalusi pihak manakah yang boleh diletakkan kepercayaan dan pihak mana pula yang sepatutnya ditentang.

Jika keamanan dan kemakmuran negara seperti dikecapi ketika ini mahu terus dinikmati, maka BN menerusi aku janji itu merupakan sandaran utama.Tetapi jika mahu berkongsi kepayahan seperti dirasai rakyat di negeri pembangkang ketika ini, BN tidak mempunyai pengalaman membawa rakyat ke arah itu.

No comments:

Post a Comment