Powered By Blogger

Tuesday 2 April 2013

Saran guru muda dekati masyarakat


SEREMBAN, 19 Feb : “Generasi guru di negeri ini digalakan mendekati masyarakat ia adalah bagi mengembalikan era kegemilangan profesion perguruan seperti masa dahulu” ujar Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohammad bin Hasan.

Ini adalah kerana guru merupakan pendidik, guru juga dijadikan tempat rujukan dalam masyarakat dan dikalangan guru banyak memegang jawatan dalam persatuan masyarakat.

Sikap segelintir guru yang mula menjauhkan diri daripada masyarakat semenjak kebelakangan ini perlu dihindari.

Malangnya, segelintir pihak  melemparkan pelbagai tuduhan buruk kepada guru yang mahu mendekati masyarakat.

“Sepatutnya semua guru mesti menjadi ahli masyarakat kerana guru dapat melakukan perubahan yang baik terhadap masyarakat dengan mengkaji kelemahan-kelemahan masyarakat.”

“Justeru dengan itu guru dapat menyelami isi hati masyarakat dan belajar dari sejarah agar masalah ini dapat diatasi kerana guru adalah pendidik kepada anak-anak mereka.”

“Jangan pula selaku guru, kita jadi individu yang menanam rasa kebencian dalam diri ini anak murid,” katanya pada program profesionalisme Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) Negeri Sembilan di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad RTM, Sungai Gadut, di sini.

Pada majlis sama, Menteri Besar turut klik ‘SUKA’ dan memberi komen pada laman muka buku GM1M dan menyanyikan  lagu 1M4U beramai – ramai.
Terdahulu, turut diadakan taklimat pengurusan perkhidmatan guru dan semarak minda oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.

Menteri Besar berharap guru muda mempunyai semngat yang tinggi untuk mendidik anak bangsa dan menghayati dasar pelajaran kebangsaan dan negeri.

Hal ini kerana, guru bukan sahaja penentu masa hadapan pelajarnya malah masa hadapan negara.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi, Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli dan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Hajah Kalsom binti Khalid.

No comments:

Post a Comment