Tuesday, 2 April 2013

NS guna kaedah Road Sweeper


RANTAU, 16 Feb : Untuk menjaga persekitaran yang bersih dan menguruskan pembuangan sisa pepejal di negara ini.Menteri Besar, Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan berkata jika sikap sambil lewa mengurus sisa pepejal masih tidak diubah, maka menjelang tahun 2020 seluruh negara akan menghadapi masalah sisa pepejal yang serius.

“Sisa pepejal yang dikeluarkan mencecah sehingga 30 tan sehari sedangkan kos penyenggaraan dan pelupusan sisa pepejal amat tinggi,” katanya pada majlis pelancaran “My Beautiful Neighbourhood” dan program pengedaran tong sampah beroda di dewan orang ramai Rantau.

Tambah Menteri Besar, jika perkara ini masih tiada perubahan ia akan membebankan kerajaan untuk menanggung bayaran yang tinggi kepada pihak konsesi dan rakyat terbeban sama untuk menangani masalah ini.

Beliau memberi contoh, di negara maju rakyatnya dikenakan caj pengurusan sisa pepejal dan bukan percuma seperti di negara kita.


“Sampah – sampah yang lembap seperti sisa makanan perlu diasingkan, supaya tidak bercampur dengan beg plastik, botol plastik dan juga yang lain – lain.

“Untuk pengetahuan, sisa pepejal yang berbentuk basah seperti lebihan makanan hampir mencecah 45 peratus berdasarkan sebuah kajian. Ini jelas menunjukan pembaziran yang amat banyak. 45 peratus daripada jumlah sisa pepejal adalah makanan, jelas menunjukan sikap.

“Pembaziran juga bukannya percuma, ia adalah kos, kita beli makanan seperti nasi, ikan dan sayuran. Pembaziran pada kadar 45 peratus adalah kos yang tinggi,” katanya.

Oleh itu, beliau berharap rakyat bersikap proaktif dalam menangani masalah ini seperti melakukan aktitivi kitar semula.

Pada majlis sama, beliau turut menyempurnakan upacara menandatangani memorandum kerjasama antara PPSPPA dengan Kawasan Rukun Tetangga Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau serta penyerahan penggunaan Road Sweeper kepada Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Hj. Zaini bin Md Nor serta Dr. Uzir Abdul Malik, Pengarah Eksekutif SWM Environment Sdn. Bhd

No comments:

Post a Comment