Powered By Blogger

Monday 1 April 2013

Pelaburan Teknologi Tinggi Asing di NS


SEREMBAN, 14 Feb: Kerajaan Negeri Sembilan memberi tumpuan menarik pelaburan berteknologi tinggi berbanding pelaburan yang memerlukan ramai tenaga kerja.

Menteri Besar, Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan menjelaskan keadaan tenaga kerja dahulu dan sekarang jauh berbeza.“Kini, Malaysia bukanlah sebuah negara yang membekalkan dan mempunyai tenaga kerja yang murah tambahan pula apabila kerajaan menetapkan gaji minima adalah RM900.”

Tambah beliau “Justeru, kita memerlukan satu strategi yang baru dengan menggalakan industri yang berteknologi tinggi seperti industri bioteknologi di Nilai yang mampu menarik minat lebih ramai pelabur ke Negeri Sembilan salah satu dari negera Jepun,” katanya pada sidang media bersama duta Jepun di Malaysia, di Chinese Restoran, Royal Bintang.

Sementara itu, Duta Jepun di Malaysia, Nukamuara berkata hubungan antara pelaburan antara Jepun dan Negeri Sembilan amat baik dan setakat ini lebih 50 buah syarikat daripada Jepun beroperasi di negeri ini.

“Diharap jumlah tersebut akan meningkat memandangkan kemudahan seperti lapangan terbang antarabangsa dan sistem pengangkutan yang baik tersedia di Negeri Sembilan,” katanya.

Menteri Besar berharap menerusi perbincangan dua hala ini memudahkan pelabur dari negara matahari terbit itu memperoleh maklumat secara langsung daripada wakil negara mereka di Malaysia.

Katanya, Nilai, Bandar Enstek dan Sendayan merupakan tiga kawasan utama tumpuan pelabur memandangkan lokasi kawasan berkenaan berhampiran lapangan terbang antarabangsa (KLIA), pelabuhan dan ibu negara sekaligus memudahkan urusan pelaburan dari pelbagai aspek.

No comments:

Post a Comment