Wednesday, 3 April 2013

Anak India Malaysia ke IPTA



PORT DICKSON, 24 Feb : Program Mengubah Destini Anak India Malaysia dilancarkan bagi membantu anak – anak kaum India yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 dan tidak mempunyai syarat minimum kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPTA) diberi peluang kedua mengubah nasib mereka.

“Tawaran ini, khas untuk anak – anak daripada masyarakat India yang tidak mencapai gred kemasukan biasa dan mereka yang berpendapatan rendah. Program tersebuat adalah program pra-diploma yang memberi laluan khas kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) daripada kaum India.

Sementara itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan berkata menerusi usaha kerajaan ini, masyarakat India itu akan mendapat peluang kedua untuk mengubah nasib pendidikan anak-anak mereka, selaras dengan sistem pengajian tinggi yang memastikan semua golongan berpeluang melanjutkan pelajaran ke (IPTA).

“Kita buka kepada semua tanpa kekangan kewangan, status ekonomi, etnik kaum atau pun persaingan kesaksamaan.

“Melalui program pra-diploma ini, peratusan kemasukan pelajar berbangsa India di Politeknik dapat ditingkatkan melebihi 10 peratus setiap tahun,” katanya.Pada tahun 2012, sebanyak 3,910 daripada 110,513 permohonan kemasukan ke politeknik bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia adalah daripada kaum India.

Langkah pertama ini, membolehkan anak – anak kaum India mendapat akses kepada lebih 60 program teknik dan vokasional yang ditawarkan di politeknik dan seterusnya memberi peluang kepada mereka mnerebut peluang pekerjaan yang diwujudkan untuk meningkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin.

No comments:

Post a Comment