Powered By Blogger

Sunday, 23 October 2011

SQUAD HOBEN JANG HOBEN MELANGKAH BERGAYA KE FINAL PIALA MALAYSIA






















Negeri Sembilan berjaya mempertahankan kelebihan keputusan perlawanan separuh akhir pertama 4-2 sebelum menang 2-1.
Negeri Sembilan mampu untuk menjarakkan kelebihan gol pada minit ke-19 apabila Hairuddin Omar berjaya menjaringkan gol, namun ia tidak dikira kerana Shukor Adan dan Hairuddin sendiri berada dalam posisi ofsaid.
Skuad kendalian Yunus Aliff menjadi tertekan pada masa separuh kedua apabila pemain pertahanan T-Team, Nor Fazly Alias diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-57.
Namun, T-Team bangkit dengan jaringan Fitri Omar pada minit ke-72, sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi gol Shahurain Abu Samah tiga minit kemudian.
Negeri Sembilan lega apabila Shukor Adan menanduk masuk gol pada minit ke-84 hasil hantaran lintang pemain sayap S.Kunanlan, seterusnya memadamkan hasrat T-Team untuk mencipta sejarah mara ke final buat kali pertama.
Perlawanan akhir antara Terengganu dan Negeri Sembilan akan berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu depan.

Negeri Sembilan sebelum ini telah dua kali menjulang Piala Malaysia pada 2009 dan 1948, Terengganu pula memenangi piala berusia 90 tahun ini ketika menewaskan Perak 2-1 pada 2001.

2 comments: