Powered By Blogger

Sunday 23 October 2011

WAKAF MART UNTUK SEMUA







Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Yayasan Wakaf Malaysia ( YWM ) akan bekerjasama dengan syarikat yang dapat membekalkan harga borong kepada kedai seumpama itu yang disediakan yayasan berkenaan.
"Konsep wakaf mart yang kita bangunkan akan menjadi satu tanda mula era pembangunan hartanah wakaf yang akan memberi impak nyata kepada pembangunan sosioekonomi umat Islam di negara ini,” katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan Wakaf Mart dan pelancaran kedai koperasi (M.Shope.My) Koperasi Masjid Kariah Panchor Jaya.
"Saya ingin menyeru kepada majlis agama Islam negeri atau jabatan agama Islam yang memiliki tanah wakaf serta dana baitulmal mempercepatkan pembangunan kedai Wakaf Mart di negeri masing-masing.
"Dalam hal ini, Wakaf Mart Masjid Kariah Panchor Jaya di sini boleh dijadikan tanda aras kepada semua majlis agama Islam atau jabatan agama Islam dalam pembinaan kedai di kawasan masjid," katanya.


Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan yang turut hadir pada majlis itu berkata setakat ini enam projek pembangunan hartanah wakaf di sekitar Negeri Sembilan telah dilaksanakan.
Beliau berkata, ia adalah wakaf mart Masjid Kariah Panchor Jaya (Seremban), wakaf mart Masjid Jamek Tunku Besar (Tampin), wakaf mart Masjid Jamek Pekan Gemas, bazar wakaf rakyat di Masjid Kariah Rasah Jaya (Seremban), bazar wakaf rakyat di Masjid Felda Jelai 4 (Gemas) dan bazar wakaf rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden (Kuala Pilah).
Wakaf Mart itu yang dibangunkan YWM dengan kos lebih RM178,000 adalah antara tiga unit kedai selain 17 Bazar Wakaf Rakyat yang dibangunkan di dalam kawasan masjid terpilih di negeri ini.
Mohamad memberitahu, pembukaan Wakaf Mart itu memberi faedah besar bukan sahaja kepada umat Islam tetapi orang ramai di kawasan Panchor Jaya memandangkan ia juga memuatkan barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia

No comments:

Post a Comment