Penubuhan tanah rancangan Felda
telah dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dengan tujuan
antaranya membangunkan ekonomi rakyat dan orang Melayu khususnya.
Tanah yang diteroka dengan titik
peluh selama ini, pastinya membuahkan hasil dan segala susah payah, kerja kuat
serta kesabaran terbalas apabila tanah tersebut menjadi hak milik mereka.
971 Peneroka Felda Gugusan Palong
hari ini ceria apabila Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan
mewakili Perdana Menteri menyampaikan sendiri ‘Suratan hak milik tanah’ kepada
mereka di ‘Majlis Penyampian Hakmilik Peneroka Felda Palong 9,10,11,12 dan 13’
yang berlangsung di Perkarangan Dewan Besar Felda Palong 11.
Uniknya, di Felda gugusan Palong ini
juga terdapat peneroka daripada bukan bangsa melayu yang turut berada dalam
kelompok masyarakat Felda sekaligus membuktikan keharmonian kaum sentiasa
berjaya diterapkan oleh Kerajaan Malaysia.
Negara luar juga kagum dengan
kejayaan pihak pengurusan Felda yang berjaya melaksanakan aspirasi dan hasrat
Negara dalam membantu rakyat keluar dari kemiskinan. Mereka cuba meniru program
Felda ini namun tidak berjaya.
Menteri Besar mahu semua peneroka
meningkatkan usaha serta azam menjaga tanah yang dimiliki sebagai harta yang
bakal diwariskan kepada generasi akan datang dan jangan sesekali menggadaikan
tanah ini kepada pihak lain.
Masyarakat Felda di saran meneruskan
persaudaraan juga perpaduan yang terjalin selama ini, jangan pula percaya pada
kata-kata parti pembangkang yang hanya mahu menghancurkan kesejahteraan warga
Felda tanpa mereka sedari.
Menteri Besar menggalakkan
masyarakat Felda meneruskan semua aktiviti yang memberi munafaat dan mampu
mengeratkan perpaduan dikalangan mereka sambil memberitahu segala bentuk
bantuan akan sentiasa cuba diberi.
No comments:
Post a Comment