Tuesday, 20 August 2013

Negeri Sembilan Mempunyai Keunikan Sendiri !



Seremban, 14 Ogos – Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014)

Negeri Sembilan memberi tumpuan kepada industri perlancongan di negeri ini  sempena tahun melawat Malaysia tahun hadapan.Tourism Malaysia Negeri Sembilan telah merancang pelbagai program bagi memperkenalkan produk perlancongan kepada orang ramai.

Dengan kedudukan yang strategik dan mempunyai pelabagai produk perlancongan seperti homestay, pantai, hutan simpan dan tempat berkelah yang memenuhi citarasa masyarakat.

Kerajaan telah memberi keutamaan dan penekanan kepada usaha penjagaan dan penyelenggaraan bagi memastikan lokasi perlancongan  ini sentiasa dapat menarik minat pelancong untuk datang menikmati kemudahan dan keindahan lokasi perlancongan di sini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di Wisma Negeri ketika sidang media selepas Mesyuarat EXCO mingguan, menjelaskan beliau yang sentiasa melihat bahawa produk pelancongan mempunyai keunikkan tersendiri. Tambah beliau keselesaan dan kesejahteraan pelancongan perlu diberi keutamaan juga.

Beliau tidak menolak kemungkinan Tahun Melawat Malaysia 2014 akan melonjak ekonomi negeri ini melalui pelancongan di samping usaha memperkukuhkan imej dan perancangannya.

Pelbagai aktiviti lasak seperti PD Triathlon Challenge 2013 yang berlangsung pada Julai lalu secara tidak langsung menarik penglibatan pelancong dari luar negara.

Katanya lagi, kita juga boleh menganjurkan program seperti Seremban Half Marathon dan program sampingan lain seperti memperkenalkan kebudayaan negeri ini melalui tarian, masakan dan pakaian.

Malah, adat perpatih di negeri ini turut boleh diperkenalkan kepada mereka yang mahu memahaminya dengan lebih jelas lagi.

Beliau optimis bahawa produk pelancongan dan lokasi menarik di negeri ini mampu menarik minat orang ramai dan beliau juga telah memutuskan perancangan tersusun bagi memastikan negeri ini tidak terkecuali dari dilawati oleh pelancong luar dan dalam negara.

No comments:

Post a Comment