Powered By Blogger

Monday 22 September 2014

F3000 Powerboat 2014 Port Dickson



Port Dickson, 21 Sept. - Sebanyak 17 pelumba dari Malaysia, Brunei, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Papua New Guinea, Singapura, Thailand dan United Kingdom menyertai NS International F3000 Powerboat 2014 yang berlangsung di PD Waterfront, Port Dickson.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan hadir bagi memulakan perlumbaan peringkat akhir ‘Feature Race’ NS International F3000 Powerboat 2014.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi kategori ‘Drag Race’ yang berlangsung semalam (Sabtu) di mana tempat ketiga dimenangi oleh Tan Chew Tze Siang dari Team Atlantic, Johor, naib johan dimenangi oleh Wareen Fernandez dari Team Fernandez Racing, Selangor dan johan dimenangi oleh Zulfaqa Rameli dari ZRC@ Racing Team, Johor.

Bagi kategori ‘Feature Race’ pula, tempat ketiga dimenangi oleh Warren Fernandez dari Team Fernandez Racing, Selangor, naib johan dimenangi oleh Ng Kok Siong dari Team Atlantic, Johor dan johan diungguli oleh Fairuz Fauzy dari Mofaz Razing Team, Kuala Lumpur.

Di majlis sama beliau turut meluangkan masa menyaksikan persembahan ‘flying boarding’ selain mendengar ‘buskin’ music’ di tapak penganjuran di sini.

Perlumbaan antarabangsa yang berlangsung tiga hari ini dianjurkan bersama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Kelab Powerboat F3000 dan PD Waterfront.

Majlis itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Awaluddin Hj Said, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Tuan Tun Hairudin Abu Bakar, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Baharuddin Jali, Pengerusi Kelab F3000, Robert Fernandez.

No comments:

Post a Comment