Wednesday, 17 September 2014

Bunohan




PENGKALAN KUBOR, 16 Sept. : Kunjungan Dato Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hasan ke DUN Pengkalan Kubor disambut baik warga tempatan semalam. Selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan beliau turut mengikuti beberapa kempen calon BN sekitar Pengkalan Kubor.

Selain mendekati penduduk sekitar PDM Bunohan, beliau turut meminta agar penduduk memberikan peluang kepada calon BN, Haji Mat Razi bagi memastikan projek yang belum disempurnakan oleh Allahyarham Dato’ Nor Zahidi dapat dilaksanakan sekaligus meneruskan legasi Dato Di untuk penduduk DUN Pengkalan Kubor.

Menurut Hj Mohamad Hasan, pemilihan Haji Mat Razi menggantikan Allahyarham Dato Nor Zahidi adalah satu pilihan yang tepat dibuat pucuk pimpinan BN berdasarkan pengalaman 23 tahun Haji Mat Razi mengikuti arwah memberikan khidmat kepada warga Pengkalan Kubor.

Selain anak tempatan, Haji Mat Razi turut mempunyai latar belakang pendidikan agama yang baik dan ini membolehkan beliau memahami kehendak penduduk Pengkalan Kubor sebagaimana Allahyarham Dato Nor Zahidi.

No comments:

Post a Comment