Powered By Blogger

Thursday 16 October 2014

Majlis Pelancaran Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Hj Mohd Yassin bin Muhamad


Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Hj Mohd Yassin dilancarkan anakanda, Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin

Nilai, 15 Okt. – Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Menteri Mentor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai menyambut dan mengiringiTimbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di Majlis Pelancaran Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Hj Mohd Yassin bin Muhamad di Dewan Besar USIM hari ini.


Timbalan Perdana Menteri juga anakanda kepada Tuan Guru Hj Mohd Yassin turut menyempurna dan melancarkan Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Hj Mohd Yassin bin Muhamad di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), di sini.

Beliau di dalam ucapan menghargai usaha yang di bawa oleh Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) yang berkerjasama dengan USIM di dalam melestarikan kewujudan Kursi Kepimpinan ayahandanya di dalam bidang ilmu agama di samping diingati sebagai tokoh yang progresif, proaktif dan jati diri tinggi yang mahu melihat perkembangan Islam di negara ini terus mekar.

Di majlis sama, turut diumumkan penyandang Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Hj Mohd Yassin bin Hj Muhamad yang telah dilantik mulai 04 Ogos 2014 iaitu Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak.

Menurut biografi yang dipaparkan, Allahyarham Tuan Guru Hj Mohd Yassin bin Hj Muhamad merupakan seorang yang alim dan warak, memiliki sifat ikhlas dan tawaduk.

Menteri Besar turut mengiringi Timbalan Perdana Menteri melawat tapak pameran dalam masa yang sama melancarkan Buku YBhg. Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak .

Hadir sama Yang Di-Pertua Dewan Negara, YB. Senator Tan Sri Dato’ Hj Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang, Naib Canselor USIM, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Nurul Yaqeen, YBhg. Dato’ Wira Dr. Ismail Hj Ibrahim.

No comments:

Post a Comment