Powered By Blogger

Monday 27 October 2014

Program Membara Membantu Rakyat DUN Rantau






Rantau, 26 Okt. – Program Membara Membantu Rakyat DUN Rantau masuk ke bulan Oktober dan fasa seterusnya iaitu modul sukan rakyat dan pertandingan karaoke berciri Islamik yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Rembau yang diketuai oleh Puan Zuliana Mohd Ridzuan di sekitar Dewan Orang Ramai Rantau dan Padang Awam Rantau, di sini.

Pelbagai program sukaneka rakyat telah di rancang antaranya pertandingan congkak, mencari barang tersembunyi,permainan batu seremban, bowling kelapa, pertandingan baling tin, mumia, pertandingan semakin jauh semakin sayang, pertandingan mewarna kanak-kanak, isi air dalam botol, tiup belon sampai pecah dan mencari gula dalam tepung.

Selain itu, bagi pertandingan yang melibatkan kaum wanita seperti gubahan bunga hidup dan masakan pelbagai paceri turut dipertandingkan.

Program disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Rantau, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.

Mengiringi beliau, isterinya, YM Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin.

Menteri Besar dan isteri turut meluangkan masa menyampaikan hadiah kepada para pemenang mengikut kategori.

Hadir sama, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sembilan merangkap aDUN Kawasan Kota, Dato’ Dr. Awaluddin Hj Said, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap ADUN Kawasan Chembong, Dato’ Saifulbahari Hj Idris, ADUN Kawasan Paroi, Tuan Mohd Ghazali Abdul Wahid selain Ketua Pergerakan Wanita UMNO Rembau, Puan Hajah Arpah Hj Md Dom dan Timbalan Pengerusi Jentera Pilihanraya DUN Kawasan Rantau, Dato’ Ab. Ghani Hj Hasan

No comments:

Post a Comment