Thursday, 23 April 2015

Tak hormat Tuanku,Pembangkang tidak beri
reaksi usul menjunjung kasih



SEREMBAN 22 April - Tindakan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memberikan sebarang reaksi terhadap usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah menimbulkan persoalan sama ada mereka mahu bertindak biadab atau tidak matang dalam berpolitik.
Persoalan itu ditimbulkan berikutan mereka langsung tidak me­ngangkat tangan sama bersetuju, tidak bersetuju mahupun berkecuali terhadap usul dalam Sidang DUN di sini, hari ini.Difahamkan, itu kali pertama dalam sejarah DUN Negeri Sembilan, mana-mana ADUN sama ada daripada pihak pembangkang mahupun pemerintah tidak menyokong usul tersebut, yang lazimnya dibentang, dibahas dan diluluskan pada setiap penggal persidangan.
Hari ini, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Dr. Awaludin Said yang bertanyakan pendirian pembangkang terhadap usul tersebut tidak mendapat sebarang reaksi daripada pembangkang.
“Pembangkang, kamu bagaimana, tidak setuju tidak angkat ta­ngan. Berkecuali pun tidak angkat tangan?” soal Awaludin.
Ketika itu, pembangkang tidak memberikan sebarang reaksi, sebaliknya mendiamkan diri.
Awaludin bertanya lagi, “mak­na­nya kamu tidak bersetuju?”. Ba­gaimanapun pembangkang masih tidak memberikan jawapan dan terus mengambil sikap berdiam diri dan tidak memberi sebarang reaksi.
Sebelum itu, sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan sebaik sahaja selesai, Awaludin te­lah meminta semua ADUN mengangkat tangan sebagai tanda bersetuju, tidak bersetuju dan berkecuali.
Hanya ADUN dari Barisan Nasio­nal (BN) yang mengangkat tangan bersetuju dan menyokong usul menjunjung kasih titah ucapan berkenaan.
Dalam titah ucapan baginda, Tuanku Muhriz pada istiadat pembukaan Isnin lalu, antara lain mengulas prestasi ekonomi negeri, kewangan dan pembangunan; memakmurkan negeri mensejahterakan rakyat; modal insan dan belia; pembangunan luar bandar, pertanian dan pelancongan; keselamatan; perpaduan; ekstremisme dan perkhidmatan awam.
Sementara itu, Mohamad yang ditemui pemberita selepas persidangan itu selesai berkata, tindakan yang dibuat oleh pembangkang itu seperti tidak mengiktiraf Tuanku.
“Kita (BN) menyokong titah ucapan Yang Dipertuan Besar Ne­geri Sembilan. Pembangkang tidak mengiktiraf Tuanku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Awaludin berkata, sewajarnya ADUN menyatakan pendirian tetapi kali ini mereka tidak berbuat demikian sama ada bersetuju, tidak bersetuju mahupun berkecuali, sebaliknya mengambil sikap mendiamkan diri.
“Saya berharap Ahli Yang Berhormat ada satu kewibawaan untuk membuat keputusan dalam memilih tiga pernyataan dalam mengundi walaupun itu hak mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Loke Siew Fook (DAP-Chennah) berkata, pembangkang tidak memberikan sebarang reaksi terhadap usul titah ucapan itu kerana yakin titah ucapan itu dibuat oleh kerajaan negeri dan diberikan kepada Tuanku Muhriz untuk dibaca.
“Titah ucapan Tuanku adalah dasar kerajaan negeri. Memang ada nasihat Tuanku kita terima dengan baik. Tidak ada apa-apa isu, kita tidak membantah, tidak mengangkat tangan. Itu hak kita sebagai ADUN,” katanya.

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete