Powered By Blogger

Saturday 18 April 2015

Sokong cadangan bantu guru Kafa di N.Sembilan


SEREMBAN - Kerajaan negeri sentiasa menyokong sebarang  cadangan dan kajian yang dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkaitan dengan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di negeri ini.


Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) turut membantu menampung keperluan pengajaran dan pembelajaran agama Islam di negeri ini selama ini.
    
"Contohnya, bagi setiap pelajar di negeri ini, Mains menampung sebanyak RM70 yang mana sebahagian peruntukan ini digunakan untuk membayar elaun guru Kafa. 
    
"Ini bukan duit kerajaan, tetapi duit zakat untuk membantu perkembangan kelas-kelas agama dan tenaga pengajar di negeri ini," katanya kepada media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri di sini hari ini.
    
Mohamad berkata Mains juga sedang berunding dengan pihak Jakim berhubung elaun guru Kafa.    
    
"Kami sedang berunding dengan Jakim kerana ini adalah skim di bawah Jakim dan saya dengar khabar Jakim sedang meneliti hal ini.
    
"Sebarang kajian yang nak dibuat untuk membantu hal ehwal guru Kafa oleh Jakim memang kita alu-alukan," kata Mohamad.





    

No comments:

Post a Comment