Monday, 7 July 2014

RM7.8 juta akan diagihkan - MAINS




SEREMBAN – Sebanyak RM7.8 juta akan diagihkan Majlis Agama Islam Negeri (Mains) kepada golongan asnaf dan fakir miskin sempena Ramadan tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setiap mereka akan menerima RM300 yang akan disampaikan sepanjang bulan Ramadan ini.

“Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik dalam membuat persiapan ketika menyambut Ramadan dan hari raya tidak lama lagi," katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Jawatankuasa Bahagian Umno di kediamannya di sini, malam kelmarin.

Mohamad yang juga Menteri Besar turut meminta semua Pengerusi Kariah Masjid baharu dapat memainkan peranan sebaik mungkin mengesan dan menjejaki golongan kurang bernasib baik di kawasan masing-masing.

Menurutnya, usaha itu perlu dilakukan bagi memastikan tidak berlaku kes terlepas pandang menyebabkan ada individu yang perlu dibantu tercicir daripada perhatian.

“Pengerusi Kariah Masjid yang dahulunya dikenali sebagai Nazir bukan sahaja menguruskan hal ehwal masjid tetapi bertanggungjawab mengambil berat kariah di tempat masing-masing.

“Saya telah beri tahu kepada semua kepimpinan dan wakil rakyat yang saya minta bukan sahaja penerima bantuan bulanan Baitulmal sahaja diberikan bantuan, tetapi juga individu lain yang dirasakan perlu," katanya.

No comments:

Post a Comment