Powered By Blogger

Wednesday 25 April 2012

PERSIDANGAN PERTAMA PENGGAL KE-5 DUN N.SEMBILAN



SEREMBAN, 24 April – Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Yang ke-12, Negeri Sembilan, berjalan lancar pagi tadi.
Beberapa soalan lisan yang dibangkitkan wakil rakyat telah dijawab oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan dengan baik dan dewan tiada bantahan dari Pakatan Rakyat. Antara isunya ;
Pengambilan Tanah FELDA Sendayan (ADUN Chembong)
Jawapan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap ADUN Rantau 
Bandar Sri Sendayan merupakan satu bandar dengan pembangunan bercampur. Pada masa ini beberapa kawasan perumahan telah dibangunkan termasuk lot banglo bagi bekas peneroka Felda Sendayan dan kawasan perumahan komersil seperti Nusari Bayu 1 dan 2 serta Nusari Aman 1 dan 2.
Beberapa kawasan perumahan dan lot-lot perniagaan baru masih dalam pembinaan bagi memenuhi permintaan pasaran.
Selain itu, Bandar Seri Sendayan turut menyediakan beberapa kawasan untuk bangunan pejabat kerajaan Mahkamah Syariah yang telah siap dibina dan bangunan Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang kini dalam peringkat akhir.
Kawasan industri seluas 1,000 ekar yang dikenali sebagai Sendayan Tech Valley telah disediakan untuk menarik lebih ramai pelabur berpotensi dari dalam dan luar negara. Dalam masa yang sama, bagi menwujudkan keseimbangan dalam pembangunan bercampur yang di rancang, seluas lebih kurang 750 ekar kawasan diperuntukkan untuk pembangunan Kem Latihan Tentera Udara DiRaja Malaysia.
Bandar Seri Sendayan turut mengekalkan kehijauan semula jadi bagi memastikan kelestarian pembangunan di kawasan berkenaan.
Bagi bekas peneroka yang tidak menerima tawaran pampasan, pengambilan tanah mereka adalah di bawah Akta Pengambilan Tanah. Bagi kes yang telah dibawa untuk dibicarakan di mahkamah, tidak lagi layak untuk memilih tawaran pampasan yang telah ditawarkan.
KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) NEGERI SEMBILAN (ADUN Chembong)
Jawapan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap ADUN Rantau 
KDNK Negeri Sembilan bagi tahun 2011 dianggarkan berjumlah RM22.047 bilion dengan kadar pertumbuhan sebanyak RM5.9%.
KDNK Negara pada tahun 2011 ialah sebanyak RM588.297 bilion iaitu tumbuh pada kadar 5.1%. Dengan itu kadar pertumbuhan KDNK Negeri Sembilan adalah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan KDNK Negara.
PENGURUSAN PENGELUARAN BAHAN BATUAN (ADUN Sikamat)
Jawapan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap ADUN Rantau 
Kerajaan telah mengambil perhatian atas pandangan dan syor Jabatan Audit Negara dalam pengurusan pengeluaran bahan batuan bagi Pejabat Daerah berkenaan. Penambahbaikan telah dibuat melalui doket yang mudah dikira berdasarkan doket dan lori. Pada masa dahulu hanya berdasarkan doket (tipu doket boleh berlaku) yang mana jumlah tan sebenar tidak ditulis. Sebagai contoh perkiraan adalah seperti berikut.
Setiap helaian doket adalah dinisbahkan kepada kuantiti seperti berikut:
4 meter padu – semua bahan batuan selain batu atau granit.
10 tan metric – batu atau granit.
Bilangan helaian doket yang perlu di bawa oleh setiap lori yang mengangkut bahan batuan di Negeri Sembilan adalah berdasarkan kapasiti lori pengangkut yang digunakan seperti berikut:
Bahan batuan selain batu dan granit.
Lori 6 – 8 tayar (minima 8 meter padu – 2 helai doket)
Lori 10 tayar (minima 12 meter padu – 3 helai doket)
Lori 12 tayar (minipa 16 meter padu – 4 helai doket)
Treler lebih 12 tayar (melebihi 20 meter padu – 5 helai doket)
Batu atau granit
Lori dengan muatan kurang dari 10 tan – 1 helai doket
Lori dengan muatan kurang dari 10.1 hingga 20 tan – 2 helai doket
Lori dengan muatan melebihi 30 tan – 4 helai.
Pentadbiran Tanah Daerah diminta untuk memastikan supaya helaian asal doket dicop tarikh tamat permit.
Buku-buku doket yang telah digunakan hendaklah dipulangkan secukupnya kepada Pentadbir Tanah sebelum permit diperbaharui atau deposit dipulangkan.
Sebelum memulakan operasi, pemegang permit juga dikehendaki membuat penandaan sempadan kawasan operasi yang telah diluluskan bagi memudahkan aktiviti pemantauan oleh Pentadbiran Tanah dan jabatan-jabatan teknikan dari masa ke semasa.
Pencapaian dari segi hasil yang telah diperolehi setakat 2 bulan pertama (Januari hingga Februari) tahun ini berbanding tahun lalu adalah seperti berikut:
Tahun 2011
RM2,636,164.76
Tahun 2012
RM2,847,178.15

HASIL KERAJAAN NEGERI DARIPADA AKTIVITI PENGAMBILAN PASIR (ADUN Mambau – soalan tambahan)
Jawapan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap ADUN Rantau 
Kutipan hasil Kerajaan Negeri daripada aktiviti pengambilan pasir di Negeri Sembilan termasuk jumlah lesen dengan nilai hasil yang dikeluarkan mengikut daerah masing-masing pada tahun 2009 dan 2010 dan 2011 adalah seperti berikut :

2009
2010
2011
Seremban
Lesen
13
16
19
Nilai Hasil
RM334,010.00
RM605,855.00
RM736,777.00
Kuala Pilah
Lesen
7
41
56
Nilai Hasil
RM7,700.00
RM71,500.00
RM98,560.00
Port Dickson
Lesen
4
9
10
Nilai Hasil
RM75,900.00
RM409,227.00
RM549,440.00
Tampin
Lesen
4
2
5
Nilai Hasil
RM104,700.00
RM31,500.00
RM75,234.00
Rembau
Lesen
2
2
1
Nilai Hasil
RM30,140.00
RM25,300.00
RM31,350.00
Jempol
Lesen
TIADA
Nilai Hasil
Jelebu
Lesen
8
10
8
Nilai Hasil
RM337,320.00
RM415,540.00
Rm516,620.00
Gemas
Lesen
9
36
43
Nilai Hasil
RM183,996.00
RM293,033.20
RM408,196.40
Pemantauan dan rondaan penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan. Menaikkan kadar denda dan hukuman daripada RM10,000.00 kepada RM50,000.00 dan tempoh pemenjaraan daripada 1 tahun daripada 1 tahun kepada 5 tahun bagi kesalahan pengeluaran atau pengalian bahan batuan secara tidak sah.

No comments:

Post a Comment