Powered By Blogger

Monday, 21 November 2011

Diskaun bayaran premium tanah




 - Diskaun untuk bayaran premium tanah adalah antara insentif ditawarkan kerajaan negeri terhadap pihak menggunakan kandungan teknologi hijau dalam pembangunan yang dilaksanakan mulai tahun depan.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insentif itu bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam semua kategori pembangunan selaras dengan matlamat kerajaan mengenai dasar tersebut.

Beliau berkata, insentif itu ditawarkan meliputi setiap industri dan pembangunan seperti pengeluaran makanan, elektronik dan perumahan.

"Melalui langkah ini kita akan beri mata tertentu berdasarkan kandungan teknologi hijau yang menepati Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang diguna pakai oleh mereka.

"Penarafan akan diberi berdasarkan jumlah mata dikumpul yang akan melayakkan mereka menikmati insentif tersebut," katanya selepas merasmikan Ekspo Perumahan dan Hartanah Negeri Sembilan (MAPEX 2011) anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di sini, kelmarin.
Turut hadir, Presiden Nasional REHDA Malaysia, Datuk Seri Michael K.C Yam

Sehingga kini jelasnya, penggunaan teknologi hijau semakin mendapat perhatian di kalangan pemain industri tempatan walaupun ia sudah menjadi amalan oleh pelabur antarabangsa.

Sebagai contoh tambahnya, kilang Coca-Cola di Bandar Enstek dekat Nilai sudah pun mengguna pakai teknologi hijau mengikut piawaian pensijilan Kepimpinan Reka Bentuk Alam Sekitar dan Tenaga tahap perak (Silver Leed).

"Ia mungkin baru di negeri ini tetapi kerajaan negeri komited untuk menjayakan dasar teknologi hijau ini," ujarnya.

Mengenai MAPEX 2011, Mohamad puas hati kerana para pemaju telah menyahut seruan kerajaan untuk membina rumah berkualiti dengan reka bentuk menarik.

Katanya, hartanah di negeri ini kini bukan sahaja dibeli oleh anak tempatan, malah ia mula diminati oleh mereka yang berasal dari negeri lain tetapi bekerja di Kuala Lumpu
r.
Pada pameran itu, sebanyak 2,330 unit hartanah pelbagai jenis bernilai RM932 juta ditawarkan kepada orang ramai pada harga antara RM36,000 hingga RM1.6 juta seunit.

No comments:

Post a Comment